Buat Duit USD Tanpa Modal Dengan Intellifluence | Ramai yang ingin tahu bagaimana caranya untuk jana pendapatan dari rumah. Tambahan pula dengan wabak yang melanda di negara kita ni, dan kita pula masih didalam situasi lockdown, mungkin dengan join mana-mana platform yang boleh menghasilkan income dapat membantu kita dan keluarga serba sedikit kan. Tak salah kita mencuba, dan ianya salah satu usaha juga kan.
Zati nak cerita tentang satu platform yang kita boleh buat duit USD tanpa modal. Mesti korang terfikir betul ke tanpa modal? USD pula tu? Jawapan nya, ya betul! Korang boleh jana income USD dengan mudah, dan tanpa modal dengan hanya duduk dirumah je.
Intellifluence adalah salah satu platform yang kita boleh buat income dengan mudah, dapat duit USD pula tu! Ya lah, sebab sekarang USD1.00 = RM4.12. Jadi, kalau berjaya buat duit dalam USD, boleh jana pendapatan 4 kali ganda dalam RM. Contoh, kalau berjaya jana USD100 setiap bulan, maka dah dapat pendapatan lebih kurang RM412.05. Menarik kan?
Kenali Intellifluence
Intellifluence adalah platform pemasaran influencer yang membantu brand dan saling bekerjasama dengan mudah. Intellifluence juga merupakan platform rangkaian influencer yang hangat dan terbesar di dunia, yang bermaksud setiap influencer kami telah bergabung sendiri dan bersedia untuk bekerjasama dengan brand.
Intellifluence juga bukan hanya untuk influencer sahaja, ianya juga salah platform untuk pemilik brand bekerjasama dengan Influencer dan mempromosikan produk atau perkhidmatan mereka. Bayaran atau payout dalam bentuk komisen atau secara sekali bayaran sahaja untuk influencer yang telah bekerjasama dengan mana-mana jenama atau produk terkenal dengan menggunakan PayPal.
Baca juga : Side Income Dengan Aplikasi JAG!
Sangat mudah bila dapat bekerjasama dalam platform Intellifluence ini walaupun mereka lebih bersifat international, mereka menerima penulisan blog dalam bahasa melayu untuk para influencer di Malaysia.
Apa yang menjadikan Intellifluence berbeza?
Cara Daftar Intellifluence
Untuk Influencer, mudah sahaja untuk daftar nya, hanya klik DISINI (Sign Up Influencer).
Tiada sebarang bayaran untuk daftar ye, semuanya percuma, jadi tak perlu risau. Kemudian sila isi lengkap detail yang diminta.
Cara Apply Job di Intellifluence
Sudah selesai sesi mendaftar, sila login ke akaun korang dan lengkapkan profile korang dibahagian My Profile. Setelah lengkap mengemaskini profile, klik pada Marketplace untuk lihat senarai job yang bersesuaian dengan kriteria yang korang kemaskini dalam profile. Details lengkap dalam setiap senarai job yang dipaparkan termasuk bayaran untuk job tersebut memudahkan korang untuk memilih.
Setiap job ini ada diberikan hanya bayaran sahaja, produk sahaja, atau kedua-dua nya sekali, jadi pilihan ditangan masing-masing. Untuk mohon, hanya message dan send aplication anda. Semuanya telah disediakan disetiap job yang tersenarai, hanya perlu klik sahaja.
Selesai apply, hanya tunggu pihak brand reply application anda. Jika ada maklumbalas, maknanya permohonan korang diterima, dan setiap job akan diberi work description korang wajib baca dan ikut spesifikasi, arahan atau syarat yang telah diberikan oleh pihak brands. Jika tiada apa-apa maklumbalas, abaikan dan boleh cari job yang lain pula.
Untuk pemilik brands yang ingin menyertai Intellifluence supaya anda dapat berkolaborasi dengan Influencer dan mempromosikan produk atau perkhidmatan anda, boleh klik DISINI (Sign Up Brands).
Berita baik pada pemilik brands, daftar dan dapatkan potongan 50% pada bulan pertama anda dengan perkhidmatan pemasaran influencer terbaik!
Cara Pembayaran Intellifluence
Setiap bayaran untuk job yang telah diselesaikan, akan dikreditkan ke akaun masing-masing, boleh klik di bahagian Earning Summary. Kemudian boleh cash out dengan menggunakan PayPal.
Bukti Pembayaran
Bagi yang belum ada akaun PayPal, Zati cadangkan supaya daftar satu akaun untuk PayPal , sebab ianya memudahkan korang menerima bayaran dan sangat mudah juga untuk transfer ke akaun bank personal. Free sahaja untuk daftar akaun PayPal ini.
Zati harap dengan perkongsian ini, serba sedikit dapat membantu korang yang sedang mencari platform untuk buat side income dari rumah tanpa modal.
1 Comments
ada share di whatsapp Biters ari tu. just aida lom sempat join ni. lom ada time tu check it out, zati :)
ReplyDeleteweekend ni in shaa Allah. nak carik masa utk blog skit. cari pendapatan sampingan di sini pun orait juga kan.
Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila berikan komen anda. Jemput follow blog ini ye!