5 Tips Deko Rumah Kecil Nampak Luas & Mewah

Advertisement

5 Tips Deko Rumah Kecil Nampak Luas & Mewah

Tips Deko Rumah Nampak Mewah | Memiliki sebuah kediaman yang cantik sudah menjadi impian stiap orang termasuk saya sendiri. Tidak kisah rumah kecil atau besar, di bandar atau kampung, rumah adalah tempat untuk kita berlindung daripada hujan dan panas. Terdapat pelbagai jenis rumah di Malaysia ini. Antaranya adalah seperti kondominium, apartment/pangsapuri, flat, rumah teres, banglo, semi-D dan pelbagai lagi.



Sebenarnya nak dekorasi rumah tak memerlukan bajet besar pun, jika anda seorang yang kreatif dan rajin, boleh saja recycle semula barang yang sudah tidak digunakan lagi untuk dijadikan hiasan atau sebagainya.

Barangan dari kedai RM2 seperti Eco juga banyak menjual barang-barang untuk mendeko rumah. Jadi anda mempunyai pilihan apabila ingin mendeko rumah tetapi masih lagi dalam bajet! Jom baca tips terbaik deko rumah kecil anda jadi luas dan mewah.



Bila saiz rumah pun kecil, ada antara mereka yang rasa tak berbaloi nak hias rumah kecil tu. Alaaa janganlah macam tu. Tak kiralah rumah besar ke kecil, kita mesti nak rasa suasana rumah yang selesa dan harmoni. Betul tak?

Ada banyak cara untuk kita deko rumah kecil tanpa perlu mengeluarkan belanja yang banyak. Sama ada anda sukakan hiasan yang simple ataupun bergaya ala-ala Inggeris, pilihannya terletak di tangan anda!

Yang penting, biar sedap mata memandang setiap kali pulang selepas penat bekerja. Bila rumah tersusun cantik, hati kita pun tenang dan senang!


1) Pilihan Warna Yang Tepat



Warna dinding memainkan peranan paling penting jadi pastikan anda memilih warna yang sesuai. Kontrakan pada item yang lebih kecil seperti kusyen atau karpet untuk tumpahan warna yang menarik pada ruang tamu anda.

Caranya adalah dengan menggunakan warna yang lembut dan ringan seperti putih, beige, kelabu pucat dan biru lembut pada ruang utama seperti dapur dan ruang tamu. Secara automatiknya rumah kecil anda akan tampak luas!



Perkara yang paling kita nak elakkan bila duduk rumah kecil macam perumahan PPR ialah rasa sempit, sesak dan tertutup. Kalau boleh jangan gunakan terlalu banyak warna yang berlainan untuk mengekalkan rasa minimalis dan teratur.



Jangan lah guna warna-warna gelap untuk keseluruhan dinding. Berani bermain dengan warna. Untuk kesan yang lebih dramatik dan mendalam, padankan warna gelap pada dinding accent dengan warna yang lebih neutral dan ringan. Ini akan mewujudkan kontras yang amat menarik.


2) Gunakan Konsep Pantulan



Selain dari bermain dengan warna untuk tempat tinggal yang lebih cerah dan luas, anda juga boleh menggunakan konsep pantulan. Terutama untuk rumah kecil macam perumahan PPR yang kadang kala cahaya tak cukup masuk rumah.

Pencahayaan paling penting dalam menyinari kediaman. Sebab tu ada gambar-gambar dekorasi yang anda tengok cantik walaupun ringkas.

Sebenarnya pencahayaan lah rahsianya. Setiap sudut letak lampu. Cuba lah lampu spot, lapu lantai, lapu hiasan dan pelbagai lagi. Secara tidak langsung ia mampu menonjolkan keseluruhan perincian dekorasi di dalam kediaman anda.

Jika untuk ruang tamu atau rumah makan, gunakan pelbagai saiz dan bentuk cermin kerana ianya membantu memantulkan cahaya di dalam ruangan yang comel itu. Kalau tak suka banyak-banyak cermin, boleh juga gunakan satu cermin yang besar sebagai hiasan.



Satu lagi cara untuk membuatkan ruangan anda nampak lebih besar ialah dengan menggunakan permukaan berkilat pada cabinet finishing, contohnya di dapur. Permukaan yang berkilat tu akan memantulkan cahaya dan secara automatik dapur anda akan terus rasa luas.

Boleh juga gunakan kabinat dengan permukaan yang cerah untuk dapatkan suasana yang terang dan lapang. Kalau anda rasa berani, dapatkan cermin antik sebagai backsplash dan serta-merta dapur anda akan jadi lebih unik dan luas!


3) Guna Pembahagi Ruang



Pembahagi ruang hari ini dilihat sebagai elemen penyelamat terhadap ruang yang terlalu terbuka. Anda harus menetapkan kedudukan sempadan ruang laluan masuk, sempadan ruang tamu, ruang makan, ruang menonton atau ruang dapur sebelum memilih untuk memasang pembahagi ruang.

Memang sudah menjadi kebiasaan rekabentuk rumah di malaysia, dinding menjadi penyelesaian untuk memisahkan antara dua ruang. Trend hiasan dalaman kini sudah berubah dengan wujudnya idea yang lebih kreatif serta menjimatkan kos.



Jika anda ada bajet lebih, pilihlah pembahagi ruang jenis kaca sebab ianya tak menghalang laluan cahaya dan pada masa yang sama memberikan hasil yang elegan dan ekslusif. Tirai kaca juga salah satu idea yang efektik sebagai pembahagi ruang dalam rumah.



Selain itu kita juga boleh menggunakan langsir yang mungkin jauh lebih murah. Namun, keputusan nak pilih jenis tirai yang mana tu bergantung kepada kesesuaian ruang atau bilik anda.

Rak buku yang tinggi pula boleh menjadi room divider yang praktikal kerana anda akan ada ruang simpanan dan tempat meletakkan hiasan.

Manakala, penggunaan langsir atau floating art akan memberi anda pembahagian ruang tanpa perlu berhabis duit yang banyak. Malah, pemasangannya pula fleksibel dan mudah mengikut kreativiti anda!


4) Sediakan Ruang Simpanan



Ruang simpanan sudah semestinya elemen terpenting dalam sesebuah kediaman, lebih-lebih lagi dalam rumah kecil. Tak kiralah di dapur, bilik air ataupun bilik tidur, kita kena pastikan ruang simpanan dimaksimakan.Kalau kita ambil mudah saja, barang yang bertambah tu akan menyebabkan rumah jadi bersepah kerana kehabisan tempat untuk menyimpan!

Jangan lupa maksimakan ruangan vertikal juga! Gunakan kedudukan dinding yang bersesuaian untuk letak floating shelf atau rak mengikut keperluan anda. Jadi, takdalah barang anda memakan ruang lantai yang terlalu banyak.


5) Pilih Perabot Banyak Fungsi



Nak beli perabot berkualiti mesti memakan banyak belanja jadi kita tak nak tersalah pilih pula. Tak pasal nanti memakan ruang dan buat rumah kita rasa sempit. Satu lagi, bila nak cari perabot, pilih yag selesa dan cantik pada mata kita.

Untuk rumah kecil tapi comel ni, saiz perabot semestinya memainkan peranan yang penting. Bagi memastikan kita dapat apa yang kita nak, ambil masa selidik perabot yang sesuai untuk susun atur rumah kita. Biasakan juga mencari perabot yang ada lebih dari satu fungsi untuk memaksimakan penggunaan dan perbelanjaan kita tu.


Rumahku Syurgaku


Sekecil mana pun kediaman kita, perlu semangat nak dapatkan perasaan feel at home sambil berehat dengan tenang.Yang penting, jangan berbelanja terlalu besar sampai membuatkan kita rasa tertekan. Tak boleh buat banyak, kita mula sikit demi sedikit dulu. Nanti, lama-lama jadi bukit. Bila dah cantik dan sedap mata memandang, barulah seronok untuk kita panggil rumahku, syurgaku!




Post a Comment

2 Comments

  1. rumah aida kecil, zati memang susun atur mainkan peranan besar. 4 tips di atas semua aida apply kecuali pembahagi. sebab takde area besar yg perlu dibahagi kan :)

    tempat penyimpanan tu. masih lagi sedang figure out. da pindah 2 thn tapi still ada tempat yg belum betul2 siap ha ha ha ha... mostly aida beli brg ikea. sebab praktikal dan harga pun murah.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila berikan komen anda. Jemput follow blog ini ye!