15 Resepi Aiskrim Malaysia (Viral)

Advertisement

15 Resepi Aiskrim Malaysia (Viral)


Aiskrim Malaysia adalah sejenis makanan beku dibuat dari hasil tenusu seperti krim (atau sejenisnya), digabungkan dengan perasa dan pemanis. Sudah semestinya aiskrim Malaysia ini menjadi kegemaran bagi golongan kanak-kanak dan juga orang dewasa.

Sekarang ini, bermacam variasi aiskrim Malaysia yang telah diolah mengikut kreativiti dan selera masing-masing. Bahkan, dengan membuat aiskrim Malaysia sahaja mampu menjana pendapatan bagi golongan suri rumah.

Bagi yang teringin untuk membuat aiskrim Malaysia ini, boleh cuba resepi-resepi yang Zati kongsikan dibawah.

#1- Aiskrim Malaysia Sumi


Bahan-bahan

3 cawan air
1 cawan susu cair
1 1/4 cawan susu pekat manis
1 sudu besar tepung jagung dibancuh dgn 1 sudu besar air
perisa dan warna yang anda suka
3 packet jelly sumi – dibelah 4 setiap satu

Cara-cara

1. Masak air, susu pekat manis dan susu cair hingga mendidih.
2. Kecilkan api, masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau hingga nampak pekat sedikit. Matikan api.
3. Masukkan perasa dan pewarna, kacau rata.
4. Biarkan sejuk dahulu pada suhu bilik sebelum di isi kedalam plastik atau bekas aiskrim yg sesuai.
5. Kemudian masukkan jelly bersama-sama.

#2- Aiskrim Strawberry & Jelly Puding


Bahan-bahan

Strawberry 30 biji
Jelly puding (guna sumi pun boleh)
Gula (ikut tahap kemanisan yang disukai)
Air (agak-agak)

Cara-cara

1. Blend strawberry. Kemudian campur semua bahan kecuali jelly puding.
2. Masak sampai mendidih, kemudian sejukkan dan masuk dalam plastik.
3. Bekukan dalam peti sejuk.

#3- Aiskrim Pelangi


Bahan-bahan

2 cawan susu segar atau susu cair
1 cawan creamer
1 paket Jelly powder jenama Konnyaku (10gm)
1 1/4 cawan gula2
4liter air
Sedikit esen vanilla

Cara-cara

1. Campurkan semua dalam periuk dan masak sehingga mendidih dan tapis.
2. Kemudian tuang ke dalam 3 bekas dan letakkan perisa atau pewarna yang disukai.
3. Sejukkan seketika dan masukkan dalam plastik aiskrim.
4. Bekukan dan sedia untuk dimakan!

#4- Aiskrim Malaysia Selera Antarabangsa


Bahan-bahan

1 tin susu pekat manis
1 tin susu cair
4 tin air
Sedikit garam
2 sudu tepung jagung.

Cara-cara

1. Masak semua bahan hingga menggelegak dan biarkan sejuk seketika.
2. Lepas tu masukkan accessories tambahan kegemaran anda di dalam plastik aiskrim diikuti dgn bancuhan susu tadi. 
3. Keraskan dalam freezer.

#5- Aiskrim Kacang Hijau


Bahan-bahan

Kacang hijau (rendam semalaman)
Santan 1 liter
Gula 2-3cawan
Gula merah
1-3 cubit garam

Cara-cara

1. Kacang hijau yang dah direndam semalaman tu rebus sampai empuk/kembang
2. Air gula merah masak berasingan dan tapis
3. Bila kacang dah empuk masukkn air gula merah+gula+garam dan santan. masak macam buat bubur kacang.
4. lepas tu tutup api. Bila suam baru isi dalam plastik ais krim.

#6- Aiskrim Jagung Cincau


Bahan-bahan

Air
Sirap jagung
Susu cair
Susu pekat
Garam sedikit
Cincau

Cara-cara

1. Buat air jagung macam biasa.
2. Letak secubit garam untuk 1 balang air.
3. Bila sejuk letak air dalam plastik dan letak cincau.

#7- Aiskrim Nutella


Bahan-bahan

1 tin susu manis
1 tin susu cair
5 tin air masak
2 1/2 sudu tepung jagung
1 sudu kecik esen vanila
Sedikit garam

Cara-cara

1. Masak air atas api kecil smpai semua larut dan mendidih.
2. Air letak lebih kalau nak kurang manis atau boleh tambah sikit gula kalau nak manis lagi.
3. Sejukkan dulu ye baru tuang dalam plastik.
4. Letak nutella. Lenyek-lenyek, kemudian baru tuang campuran tadi.

#8- Aiskrim Gula Apong / Nise


Bahan-bahan

3 Liter air
1 kg kelapa (buat santan)
700g Gula apong ori @gula nira
Daun pandan 2 helai

Cara-cara

1. Masak air sehingga mengelegak kemudian masukkan gula nira, santan dan daun pandan.
2. Tapiskan air sebelum masukkan ke dalam plastik aiskrim

#9- Aiskrim Lemon Susu Serbuk Coklat


Bahan-bahan

Air
Susu segar
Susu pekat
Lemon
Sebuk coklat

Cara-cara

1. Buat air susu macam biasa.
2. Perah lemon sedikit, sejukkan dan letak dalam plastik dan letak serbuk coklat.

#10- Aiskrim Malaysia


Bahan-bahan

Asam boi merah
Asam boi putih
Air secukupnya
Gula pasir
Plastik aiskrim

Cara-cara

1. Panaskan air bersama gula pasir hingga mendidih. 
2. Setelah mendidih,padamkan api dan sejukkan. 
3. Masukkan ke dalam plastik aiskrim dan letakkan asam boi 1-2 biji. 
4. Simpulkan plastik aiskrim kemas-kemas. 
5. Bekukan di bahagian sejuk-beku.

#11- Aiskrim Sumi


Bahan-bahan

3 cawan air
1 cawan susu cair
1 1/4 cawan susu pekat manis
1 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan 1 sudu besar air perisa dan warna yg anda suka
3 packet jelly sumi - dibelah 4 setiap satu

Cara-cara

1. Masak air, susu pekat manis dan susu cair hingga mendidih.
2. Kecilkan api, masuk kan bancuhan tepung jagung dan kacau hingga nampak pekat sedikit. Tutup api.
3. Letak perasa dan pewarna, kacau rata.
4. Biarkan sejuk dahulu pada suhu bilik sebelum di isi kedalam plastik atau bekas aiskrim yg sesuai. 
5. Jangan lupa masukkan jelly sumi semasa isi airnya

#12- Aiskrim Malaysia Sangkaya


Bahan-bahan

Santan jenama M&S 500ml
1 tin susu pekat
3 tin air
2 sudu tepung jagung
Sesudu teh garam

Cara-cara

1. Kacau semua bahan dalam periuk dengan api sederhana sehingga mendidih.
2. Sejuk dan tapiskan .
3. Pastikan betul-betul sejuk baru tuang dalam plastik aiskrim.
4. Boleh masukkan gula kabung dalam 2-3 ketul untuk rasa cendol.

#13- Aiskrim Malaysia Perisa Milo


Bahan-bahan

Air masak
Gula
Serbuk Milo
Plastik aiskrim

Cara-cara

1. Bancuh perasa-perasa tadi bersama air yang telah dimasak. Langkahnya sama sahaja seperti anda ingin buat air untuk tetamu.
2. Kalau nak buat aiskrim milo, mungkin anda memerlukan air panas untuk membancuhnya. Selepas selesai bancuhan tadi,
3.Biarkan ia sejuk sebelum memasukkan kedalam plastik aiskrim. Simpul pada penghujung plastik. Letakkan didalam freezer dan makan bila dah sejuk.

#14- Aiskrim Gummy Jelly Candy


Bahan-bahan

1 tin susu pekat
1 tin susu cair
4 tin air
1 sudu kecil garam
Jelly candy

Cara-cara

1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk (kecuali jelly) dan masak dengan api perlahan sehingga adunan panas.
2. Sejukan dan masukan ke dalam plastik aiskrim.

#15- Aiskrim Coki Coki


Bahan-bahan
1 tin susu cair
1 tin susu manis
4 tin air
2 sudu makan tepung jagung (Bancuh dengan sedikit air di dalam bekas lain supaya tepung tak berketul)
Secubit garam
3 paket choki choki

Cara-cara
1. Campurkan susu cair, susu manis, garam dan air dalam periuk.
2. Masakkan dan kacau sehingga sedikit panas.
3. Masukkan tepung jagung. Kacau sehingga mendidih.
4. Tutup api dan biarkan susu tadi sehingga sejuk.
5. Masukkan separuh choki choki ke dalam plastik aiskrim, dan picit kan choki choki.
6. Tuangkan susu separuh plastik dan ikat.
7. Buat sampai habis. Dah siap simpan dan peti ais.
8. Anggaran aiskim 25-27 bungkus.

Post a Comment

2 Comments

  1. Dulu2 masa kecik2 suka beli aiskerim Malaysia asam kecut

    ReplyDelete
  2. Pelbagai macam aiskrim . Nampak menarik

    ReplyDelete

Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila berikan komen anda. Jemput follow blog ini ye!