Khasiat Buah Mulberry

Advertisement

Khasiat Buah Mulberry


Khasiat Buah Mulberry | Mulberry atau mulberi memiliki sebutan nama yang berbeza di setiap negara. Di Indonesia tanaman ini dikenali sebagai Murbei atau arbei, di barat disebut Mulberry dan di Cina dikenal dengan nama Sangye.

Mulberry adalah sejenis tanaman yang memerlukan sinar cahaya matahari sehingga tanaman ini dapat tumbuh sehingga ketinggian lebih dari 100m dari permukaan laut. Mulberry merupakan tumbuhan asli di bahagian tengah dan timur China dan dikenali dengan nama botaninya, Morus Alba, pokok Mulberry yang ditanam di negara China adalah Mulberry putih.

Pokok Mulberry juga menghasilkan buah berwarna hitam dan merah dan banyak ditanam di negara-negara beriklim tropika dan sub-tropika.


Kandungan Ekstrak Buah Mulberry

Menurut ahli kimia, daun Mulberry mengandungi beberapa ekstrak kimia untuk tubuh seperti ecdysterone, inokosterone, lupeol, betasitosterol, rutin, moracetin, isoquersetin, scopoletin, scopolin, alfa, betahexenal, cis beta hexenol, cis lamda hexenol, benzaidehide, eugenol, lanaloolbenzyl alcohol, butylamine, acetone, trigonelline, cholin, adenine, copper, zinc, vitamin (a, b1, c dan karoten) dan asam amino, clorogenik, fumarat, folat, dan asam formyltetrahydrofolik, mioinositol dan phytoestrogren.

Kandungan Dan Khasiat Buah Mulberry

Pokok mulberry ini terkenal dari segi khasiat dari hujung akar sehingga ke daun mulberry itu sendiri. Diantaranya adalah :-

  • Pokok Mulberry adalah makanan utama ulat sutera terutama daunnya. Maka disebabkan itulah jika di Malaysia, daun pokok Mulberry dikenali sebagai daun ulat sutera atau besaram.
  • Buah Mulberry mengandungi asid sitrik, gula dan vitamin C. Daun Mulberry pula mengandungi adenin, amilas, asid suksinik, karotena dan kolin. Biji Mulberry mengandungi ureas.
  • Kulit akar pokok mulberi mengandungi beta-amirin, minyak meruap, resinotanol dan sitosterol.
  • Bagi masyarakat di negara China, selain buahnya boleh dimakan segar atau dibuat jem, terdapat juga kegunaan lain. Secara tradisionalnya, buah Mulberry telah digunakan sebagai agen ubatan bagi memberi khasiat kepada yin dan darah, memberi kebaikan kepada buah pinggang dan merawat masalah lemah, keletihan, anemia dan masalah rambut beruban.
  • Buah Mulberry turut digunakan untuk merawat masalah ketidak-bolehan mengawal keluarnya air kencing, pening dan masalah sembelit warga tua.
  • Buah yang telah dikeringkan juga boleh dijadikan sebagai pengganti raisin.
  • Buah Mulberry juga dikatakan mampu memberi khasiat dan merangsang penghasilan cecair badan. Mereka yang mengalami masalah kekurangan cecair, mulut mereka anak kering dan lidah terasa panas. Elok juga mereka makan buah ini bagi memberi khasiat dan menambahkan cecair badan.
  • Buah Mulberry ini juga sesuai kepada mereka yang mempunyai masalah mata kering akibat keletihan mata dan akibat bekerja dengan cara mengambil jus mulberi .
  • Buah Mulberry juga mengandungi unsur-unsur khasiat seperti mineral dan vitamin. Dikatakan dengan memakan buah Mulberry, mampu membantu menyembuhkan penyakit kronik pada saluran pencernaan, merangsang rembesan cecair gastrik, menguatkan kebolehan bagi mencerna dan menyerap, memperbaiki selera makan dan membuang kembung perut dan sembelit.
  • Wanita yang mengalami simptom-simptom seperti anemia, kepucatan, rasa , sukar untuk tidur dan jantung berdebar-debar dengan kerap terutamanya selepas melahirkan bayi, bolehlah mengambil jus Mulberry dengan kerap bagi mengurangkan simptom-simptom tersebut. Ubat kebas tangan dan kaki.
  • Daun Mulberry pula dikatakan boleh direbus dan digunakan sebagai ubat mencuci mata yang merah dan bengkak. Daun yang telah kering pula dikatakan boleh dicampur dengan air mendidih atau direbus. Air ini dikatakan boleh diminum untuk tujuan membersihkan tubuh badan, merangsang peluh, ubat batuk, demam panas dan selsema. Daun yang telah dipanaskan pula dikatakan boleh disapu minyak dan dijadikan sebagai ubat tampal pada luka yang parah.
  • Bagi mereka yang mengalami masalah gigitan atau sengatan serangga, daun yang telah ditumbuk lumat boleh dijadikan sebagai ubat tampal pada bekas gigitan atau sengatan serangga tersebut. Jika mengalami masalah tangan atau kaki yang , bolehlah mengambil getah daripada daun atau ranting mulberi, kemudiannya gosokkan pada bahagian yang kebas.
  • Akar pokok boleh direbus dan dijadikan sebagai air minum bagi merawat asma, batuk, busung, melawaskan pembuangan air kecil dan radang. Air rebusan kulit pokok Mulberry pula dikatakan boleh diminum untuk merawat sistem pernafasan, asma, batuk, bronchitis, busung, menyingkirkan kahak dan hingus, tekanan darah tinggi, kebas tangan atau kaki.
  • Ranting kering pokok Mulberry pula dikatakan boleh direbus dan dijadikan sebagai air minum bagi merawat demam panas dan mengatasi rasa sakit.

Cara Penanaman Pokok Mulberry

Pokok mulberry senang ditanam. Pokok mulberry ditanam dengan keratan batang. Setelah muncul pucuk, buahnya akan menyusul. Boleh lihat video dibawah ini tentang cara penanaman nya.

Post a Comment

1 Comments

  1. Banyak khasiat buah mullbery ni , kat rumah ccl pun ada sepokok . Cara tanaman pun mudah

    ReplyDelete

Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila berikan komen anda. Jemput follow blog ini ye!