6 Resepi Nasi Lemak Yang Mudah & Sedap!

Advertisement

6 Resepi Nasi Lemak Yang Mudah & Sedap!

Nasi lemak merupakan makanan tradisi orang Melayu yang terdapat di Malaysia, Singapura, Indonesia (terutama di Riau, Jambi serta utara dan pantai timur Sumatera) dan Brunei. Nasi Lemak dapat ditemui di semua bahagian Malaysia dan juga Singapura. Di Indonesia, nasi lemak lazimnya ditemui di pesisir timur Sumatera. Nasi lemak merujuk kepada nasi yang dimasak dengan menggunakan santan kelapa, bagi menambah rasa lemaknya. Kadangkala daun pandan wangi dimasukkan semasa nasi lemak dimasak bagi menambahkan aromanya.

Nasi lemak biasanya dihidangkan dengan telur, timun, ikan bilis goreng, kacang goreng dan sambal. Tetapi kini nasi lemak dijual dengan pelbagai lauk yang termasuk tetapi tidak terhad kepada daging, ayam, sotong, udang, limpa, dan hati (lembu).

Nasi lemak ialah hidangan yang mudah dan ringkas. Hidangannya lengkap berasaskan nasi yang berlemak santan ditambah rasa pedas sambal, kerangupan ikan bilis, kepejalan telur rebus dan ditawarkan pedasnya dengan timun. Namun begitu, nasi lemak asalnya bukanlah merupakan makanan sarapan harian wajib masyarakat Melayu Malaysia pada umumnya.

Amalan pemakanan nasi lemak merupakan satu bentuk bekalan hidangan/bungkusan makanan kepada para pesawah padi mahupun orang yang mengusahakan kebun getah, kelapa sawit, sayur-sayuran dan lain-lain. Oleh sebab nasi lemak mempunyai jumlah kalori/tenaga yang tinggi, selain mempunyai komposisi lemak yang tinggi untuk membekalkan tenaga yang lebih baik dari karbohidrat, kebanyakan masyarakat Melayu di Semenanjung Malaysia, Selatan Thai, Brunei dan Singapura, menjadikan nasi lemak sebagai bekalan untuk santapan mereka selepas membanting keringat.

Pada masa kini, nasi lemak bukan sahaja dinikmati pada waktu pagi. Malahan, ia dinikmati pada waktu makan tengah hari dan malam. Oleh sebab, nasi lemak merupakan satu sajian makanan yang ringkas lalu dijadikan makanan pilihan warga kota yang sentiasa kesibukan. Harga yang murah juga mendorong makanan popular ini semakin mudah didapati di mana-mana sahaja.

Biasanya harga nasi lemak berada di dalam lingkungan Ringgit Malaysia 1 sehingga 6 sebungkus. Nasi lemak juga dihidangkan di hotel dan restoran mewah di seluruh Malaysia, Thailand, Indonesia, Vietnam dan di Asia Tenggara. Nasi lemak juga dijadikan menu utama di dalam penerbangan MAS.

Selain di kawasan-kawasan asal Indonesia di Riau dan Sumatera, nasi lemak turut dipopularkan di Indonesia melalui para pekerja dan mahasiswa yang pernah menetap mahupun bekerja di Malaysia.


resepi-nasi-lemak

Dibawah ini Zati kongsikan 6 resepi nasi lemak yang mudah dan resepi sambal nasi lemak yang sedap dan mudah untuk dimasak.


#1- Nasi Lemak Sedap dan Mudah



Bahan Untuk Nasi Lemak

3 cawan beras
3 hiris halia
3 ulas bawang merah - difiris
1 cawan santan
3 cawan air - boleh tambah jika kurang / ikut masing-masing
1 helai daun pandan
Secubit garam
1 batang serai - dititik


Cara Masak Nasi Lemak

  • Basuh beras dengan air sehingga bersih kemudian toskan hingga hilang airnya.
  • Siapkan perikut dan pijarkan minyak kemudian tumis serai, daun pandan, halia, bawang sehingga wangi.
  • Masukan air dan santan kemudian masak sehingga mendidih. tambah garam dan kacau rata.
  • Tuangkan beras yang sudah kita toskan tadi ke dalam periuk nasi. kemudian kita tuangkan juga santan yang sudah kita masak tadi dan masak nasi seperti biasa.
  • Bila dah masak kacau nasi menggunakan shopsyik agar beras tak patah.

Bahan Untuk Sambal

6 sudu besar cili giling
1 biji bawang besar - hiris
1 biji bawang tumbuk - hiris
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih - ditumbuk
2 biji bawang besar - ditumbuk
Sedikit air asam jawa
Segenggam ikan bilis (sebahagian di goreng dan sebahagian di tumbuk)
Sedikit gula, garam, dan perasa

Cara Masak Sambal

  • Tumis cili giling, bawang putih, bawang besar, ikan bilis, dan bawang merah sehingga pecah minyak. kemudian masukan bawang besar hiris, air asam jawa, dan sedikit air agar sambal tidak pekat.
  • Bila sudah mendidih masukan ikan bilis yang sudah kita goreng tadi dan sesuaikan rasa.

#2- Nasi Lemak Sedap - Emak Azlina Ina



Bahan Untuk Sambal

1 genggam ikan bilis belah - rendam 1 jam
10 ulas bawang merah 
2 labu bawang besar - belah 4
4 ulas bawang putih (dikisar bawang merah dan putih tadi ketepikan)
15 hingga 20 tangkai cili kering rendam air panas,tos dan kisar dengan sedikit air masak dan minyak (bagi biji lada hancur)
Sedikit gula melaka
Sedikit asam jawa
Garam,gula dan perisa
Minyak masak

Cara Masak Sambal

  • Masukkan minyak masak ke dalam kuali. 
  • Tumis bawang besar dan bawang putih kisar tadi sehingga sedikit garing.
  • Masukkan cili kisar dan kacau sekata dan terus masukkan ikan bilis yg dah direndam tadi.
  • Masukkan 2/3 sudu besar gula biasa atau 1 keping dalam 100g gula melaka.
  • Masak api perlahan, lagi lama lagi sedap.
  • Last baru masuk garam dan perisa serta sedikit air asam jawa.
  • Kalau masak sambal lama,dia akan lebih tahan lama.

Bahan Untuk Nasi Lemak

**Sukatan air ikut beras yang korang guna juga ye.
3 cawan beras
2 cawan santan pekat
3 cawan air
3 - 4 hirisan halia
2 - 3 helai daun pandan
3 ulas bawang merah hiris
5 sudu besar minyak masak
Sedikit garam

Cara Masak Nasi Lemak

  • Cuci beras beberapa kali. 
  • Masukkan santan, air, garam, halia,bawang merah hiris dan daun pandan yang disimpul, minyak dan kacau rata.
  • Masak dalam periuk seperti biasa sehingga siap.
  • Boleh dihidangkan dengan telur rebus, ikan bilis goreng dan timun.

#3- Nasi Lemak



Bahan Untuk Nasi Lemak

Beras - basuh dan tos
1-2 helai daun pandan - carik dan simpul
Sedikit garam
1 - 2 inci halia - hiris kasar
1 cawan santan pekat / 1 kotak santan kotak

Cara Masak Nasi Lemak

  • Masak nasi dengan air secukupnya, iaitu bergantung kepada jenis beras masing masing. Biasanya paras air dalam kurang 1 inci atau satu paras garisan di jari.
  • Masukkan garam dan juga daun pandan yang dicarik. Mesti dicarik bagi menambah aroma daun pandan. Masukkan dalam rice cooker dan masak seperti biasa.
  • Bila mendidih dan air hampir kering, masukkan hirisan halia dan santan pekat tadi. Kacau rata. Sambung masak sehingga nasi masak sepenuhnya. Siap untuk dihidangkan.

Bahan Untuk Sambal

1 mangkuk ikan bilis
1 biji bawang besar - hiris
2-3 sudu besar gula pasir
Sedikit gula merah/gula Melaka
Garam
Air asam jawa/asam keping

Bahan kisar
1/2 mangkuk cili kisar/20 tangkai cili kering - direbus dan ditos
2 biji bawang besar - boleh juga guna bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia - opsyenal
Sebesar ibu jari belacan bakar - optional

Cara Masak Sambal

  • Panaskan minyak yang banyak, tumis bawang besar hiris sehingga naik bau sahaja. Masukkan bahan kisar dan kacau rata. Perlahankan api dan terus dikacau dengan api perlahan sehingga cili benar benar masak dan terbit minyak. Ianya memakan masa agak lama. Jika minyak kurang, bolehlah ditambah ketika menumis. Macam mana nak tahu kalau ianya telah garing? Minyak tumisan akan mula berbuih sedikit. Itu tanda dah garing.
  • Setelah bahan tumisan garing, masukkan sedikit gula terlebih dahulu dan kacau rata. Gula akan menjadikan warna sambal cantik dan berkilat.
  • Masukkan sedikit air mengikut kepekatan sambal yang disukai. Masukkan air asam jawa/asam keping, garam dan ikan bilis. Nota: warna sambal lebih cantik jika menggunakan asam keping.
  • Kacau rata sehingga sambal masak dan mesra.
  • Nota :Sambal lebih sedap jika disediakan sehari sebelumnya.
  • Ikan bilis boleh digoreng sehingga layu, jika suka.

#4- Nasi Lemak Pandan dan Ayam Masak Sambal



Bahan Untuk Nasi Lemak

Beras
Bawang merah - hiris
Halia - hiris
Kulit kayu manis sikit
Daun pandan - kisar dengan air & tapis ambik airnya
Santan
Garam

Cara Masak Nasi Lemak

  • Masukan semua dlm rice cooker.. masak macam biasa.
  • **Tambah pewarna hijau skit.. jika suka.

Bahan Untuk Sambal Ayam

1 ekor ayam - gaul garam dan kunyit (goreng separuh masak)
Bawang besar - hiris
Gula
Garam
Air asam jawa

Bahan kisar
20 Cili kering - ikut pedas
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
Halia
Belacan sikit
1 batang serai - ketuk

Cara Masak Sambal Ayam

  • Tumis bahan2 kisar dan serai hingga wangi.
  • Tambah air asam, gula dn garam.. masak sekejap. Masukan ayam.Gaul sebati.
  • Last masukan bawang besar hiris.

#5- Nasi Lemak Kismis




Bahan Untuk Nasi Lemak

4 cawan beras basmathi - saya guna Basmathi India Gate (cuci dan rendam 1/2 jam)
2 cawan santan
5 cawan air
8 ulas bawang merah - dihiris halus
4 ulas bawang putih - dihiris halus
1 inci halia - hiris batang mancis halus
1/2 cawan kismis kuning atau hitam
beberapa titik essen kuning
sedikit garam.

Cara Masak Nasi Lemak

  • Beras basmathi yang direndam 1/2 jam di toskan dan di masukkan dalam rice cooker, bersama bawang hiris, santan dan air, kismis dan juga esen kuning dan sedikit garam.
  • Masak sehingga nasi tanak, biarkan nasi kering dan balik2kan supaya nasi bergaul rata, biarkan keep warm. Jika menggunakan periuk biasa masak seperti biasa kita memasak nasi lemak.
  • Hidangkan bersama lauk pauk bersesuaian, sambal tumis ikan bilis, kalau ada ayam goreng berempah pun sedap dan juga hirisan timun. Kali ini saya sajikan nasi lemak kismis bersama sotong goreng sayuran.
  • Sedap mencuba.

Bahan Untuk Sambal

1 mangkuk - lada kering yang di rebus dan diblender halus
2 labu bawang besar - diblender halus
4 ulas bawang putih - diblender halus
2 inci belacan
segengam@1/2 cawan ikan bilis belah - dicuci bersih rendam sebentar
2 labu bawang besar - di hiris kasar2
1 cawan air jus asam Jawa
3-4 sudu makan gula pasir (ikut suka klau nak manis tambah lagi gula)
1 sudu teh garam
sedikit minyak untuk menumis

Cara Masak Sambal

  • Panaskan minyak didalam kuali, tumis bawang besar yang dimayang kasar hingga layu dan berbau harum
  • Masukkan bahan2 yang diblender halus, goreng dan balik2kan sehingga agak garing dan pecah minyak.
  • Masukkan pula gula, balikkan lagi, masukkan bilis yang telah ditoskan dan diikuti dengan jus asam jawa.
  • Masak sehingga sambal tumis masak dan naik minyak cantik warnanya. Tambahkan garam dan rasa kan kesesuaian masin, manis dan masam.
  • Biarkan atas api yang kecil sambil dibalik-balikan jika masak sambal tumis dengan betul dan lama sedikit ia akan tahan lebih lama Hidangkan bersama nasi lemak.

#6- Nasi Lemak




Bahan Untuk Nasi Lemak

Beras
1 biji kelapa parut (blend - 2 kali perahan santan)
Garam secukup rasa
Daun pandan
Hirisan halia (jika suka, tak payah letak pon ok)

Cara Masak Nasi Lemak

  • Cuci beras bersih2.
  • Masukkan santan mengikut sukatan beras yg nak dimasak. Sukatan air/santan mengikut jenis beras yang biasa dimasak sebab ader yg jenis kene lebih air. Ader jenis yang cepat lembik. Saya guna kaedah sukatan jari.
  • Ukur berapa tinggi beras dengan jari tengah.
  • Pastu sukatan air/santan sama paras ukuran tinggi beras (jari letak atas beras bukan dlm beras bila sukat paras air)
  • Masukkan garam. Kacau rata.
  • Daun pandan dicuci. Carik2 kan. Ikat.
  • Masukkan dlm periuk nasi.
  • Masak guna rice cooker atau masak guna dapur gas. Jika guna rice cooker kdg2 bila separuh masak penekan tu dah naik, boleh angkat periuk dan masak atas dapur gas. Kacau rata. Tutup periuk & kecik2 kan api. Masak sehingga nasi betul2 masak.

Bahan Untuk Sambal

Bawang putih
Bawang merah
Cili kisar
Ikan bilis
Minyak masak
Pes asam jawa
2 biji Bawang besar dipotong nipis
Garam
Gula
Serbuk perasa secukup rasa

Cara Masak Sambal

  • Panaskan dlm 2 senduk minyak masak.
  • Cuci ikan bilis. Toskan. Goreng ikan bilis sehingga garing.
  • Angkat & toskan.
  • Masukkan dalam 1 setengah senduk bawang kisar. (Bawang putih & bawang merah)
  • Masukkan 1 sudu garam. Garam ni petua untuk bawang cepat garing. Bila bawang dah garing..warna keperangan masukkan cili kisar dalam 2 senduk.
  • Masukkan beberapa sudu gula. Gula ni masuk awal sebab untuk cili cepat garing. Masukkan pes asam jawa. Saya guna pes adabi sebab tak payah bancuh guna air.
  • Kacau rata.. masukkan bawang besar dipotong nipis. Budak2 tak suka mkn bawang kan. Tapi bila buat mcmni tak nampak ader bawang. Biasa org berniaga nak bagi nampak banyak sambal. Taruk bawang besar ni banyak2.
  • Slowkan api. Kacau sambal sampai betul2 garing. Proses ni ambik masa sikit. Bila dah ramai orang bersin.. bermakna sambal tu dah cukup garing.
  • Masukkan air panas/suam. Dalam 2 cawan. Kacau rata. Biar sambal pekat skit. Baru masukkan ikan bilis goreng tadi.
  • Kacau rata. Rasakan garam & gula secukupnya. Tutup api. Siap.
  • Selamat mencuba.

Post a Comment

3 Comments

  1. Pernah sekali je sepanjang 17 tahun kawin ammi masak nasi lemak

    ReplyDelete
  2. Kalau sambal sedap, nasi lemak kurang santan pun terasa sedap.

    ReplyDelete
  3. Nampak sedap semua resepi dekat atas.. Terima Kasih atas perkongsian..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila berikan komen anda. Jemput follow blog ini ye!