Perjuangan RichWorks 2021, Komited Bantu 605,000 Usahawan Bangkit Dari Pandemik

Advertisement

Perjuangan RichWorks 2021, Komited Bantu 605,000 Usahawan Bangkit Dari Pandemik

Perjuangan RichWorks 2021, Komited Bantu 605,000 Usahawan | Tahun 2021 negara kita menyaksikan banyak ujian. Dengan keadaan pandemik yang menular, diikuti dengan kejatuhan ekonomi dan bencana alam yang menimpa seperti bencana banjir di akhir tahun 2021, tentu sekali memberikan keadaan yang amat sukar kepada semua terutama kepada para peniaga dan usahawan.

Namun begitu, tidak semua peniaga dan usahawan yang terus berserah nasib dengan keadaan ini. Terdapat 605,000 usahawan yang berjaya bangkit semula pada tahun 2021 dengan bantuan RichWorks.

Syukur masih ada sinar bagi mereka. Diharap para usahawan yang terkesan dengan pandemik dan juga yang terlibat musibah banjir dapat bangun kembali pada tahun 2022 ini dengan lebih cekal dan tabah serta komited dalam menghadapi cabaran-cabaran yang tidak diduga pada masa hadapan.

Pandemik 2021: RichWorks Komited Bantu 605,000 Bangsa Usahawan Bangkit Semula


RichWorks salah satu pihak yang dapat memahami kesukaran yang dialami ramai orang di luar sana termasuk bangsa usahawan. Lebih-lebih lagi apabila Pengasas RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks), Datuk Wira Dr Azizan Osman bersama 31 ahli keluarganya dijangkiti COVID-19.

Betapa hebat dugaan ini sehingga mertua Dr. Azizan meninggal dunia dan beliau sendiri hampir maut selepas doktor mengatakan sudah tidak ada harapan jika tiada perubahan positif selepas dimasukkan mesin bantuan pernafasan.

Alhamdulillah, keadaan beliau semakin baik dan bagi Dr. Azizan, peluang kedua diberikan Allah SWT akan digunakan sebaiknya untuk memberikan lebih lagi kepada bangsa usahawan terutama dalam bimbingannya.

Program RichWorks Secara Percuma


Tak berapa lama selepas beliau keluar dari hospital dan sedang proses pemulihan, Dr. Azizan komited menjalankan program percuma yang dihadiri ribuan orang.


Sebanyak 7 program percuma bersamaan 98 jam masa yang beliau berikan bagi memberikan tunjuk ajar dan kekuatan kepada orang ramai dalam soal keusahawanan. Betapa komitednya Dr. Azizan yang masih lagi mementingkan bantuan kepada orang lain walaupun dirinya sendiri sedang dalam ujian besar.

Secara keseluruhan pada tahun lalu, RichWorks dapat membantu hampir 605,000 orang melalui 13 program keusahawanan yang ditaja sepenuhnya RichWorks pada tahun lalu.

Program Wanita Bangkit Berniaga (WBB) Mendapat Pengiktirafan Kerajaan


Salah satu program RichWorks iaitu Wanita Bangkit Berniaga (WBB) telah mendapat pengiktirafan kerajaan bila disebut dalam Dewan Rakyat sebagai rakan kolaborasi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Program CSR Pertubuhan Kebajikan RichWell (RichWell)


Berdasarkan kenyataan Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks, Radz Mohd. pihak RichWorks tidak ketinggalan menyumbang kembali kepada masyarakat melalui Pertubuhan Kebajikan RichWell (RichWell).

Kempen #RichWellBantu yang digerakkan Dr. Azizan bermula Julai tahun lalu, berjaya mengumpulkan RM 501,497 untuk bantu lebih 2,000 keluarga.


Tidak berhenti di situ, sumbangan kilat berjumlah RM500,000 dikumpulkan daripada usahawan dan RichWorks sendiri dalam 24 jam bagi mangsa banjir di Selangor pada 18 Disember tahun lalu.

Sumbangan 762 Ekor Kambing Dan 84 Ekor Unta Untuk Ibadah Qurban

Pada tahun 2021 RichWorks bersama ahli Titanium & Spire turut menyumbang sebanyak 762 ekor kambing dan 84 ekor unta bernilai RM 824,160 dalam ibadah qurban.

Selain itu, ahli Titanium dan anak didik RichWorks juga menaja 9 pelajar ke Tarim Yemen dengan sumbangan sebanyak RM180,000 sempena Maulidur Rasul.

Dalam pada itu, syarikat bimbingan dan latihan pembangunan usahawan paling berjaya di negara ini tetap meneruskan misi dalam membangun dan mengembangkan usahawan ke tahap lebih tinggi.

RichWorks Terus Berjaya Bersama Usahawan Bimbingannya


Alhamdulillah pada tahun 2021, jumlah keseluruhan peserta mentoring RichWorks iaitu Titanium, Spire dan EliteX berjumlah 1,855 orang dengan jualan terkumpul RM3.7 billion.

Bagi ahli Titanium saja, sebanyak 312 usahawan berjaya hasilkan RM3.2 billion, RM495 juta (519 ahli Spire) dan RM46.9 juta (1,024 ahli EliteX).

Melalui program bimbingan Spire, sebanyak 72 usahawan berjaya mencapai jualan RM1 juta pertama setahun.





Bukan itu saja, 77 bisnes di bawah bimbingan RichWorks mencapai jualan lebih RM10 juta, lima bisnes (RM50 juta ke atas) dan lima bisnes (RM100 juta ke atas) pada 2021.

Syukur atas kejayaan dan ujian dihadapi 2021 lalu, itulah sedikit sebanyak perjalanan RichWorks yang kami usahakan dan akan dipergiatkan lagi tahun baru ini, insyaAllah.

Moga usaha RichWorks untuk membantu lebih ramai bangsa usahawan dan misinya akan dipermudahkan dan diberkati oleh Allah SWT.

Video Perjalanan Richworks di Tahun 2021

Kisah perjalanan Richworks di tahun 2021 telah diabadikan di dalam bentuk video sebagai kenangan Jom tonton sama-sama.


Tentang RichWorks

Siapa itu RichWorks? Bagi yang belum tahu, RichWorks ini adalah sebuah syarikat bimbingan dan latihan keusahawanan terbesar dan paling berjaya di Malaysia khususnya dari segi penjenamaan & pemasaran serta kepimpinan.

Sejak 2008, RichWorks telah melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Master Coach Azizan Osman dan menarik lebih daripada 1,500,000 peserta dalam lebih 1,500 acara dan seminar live dan dalam talian (virtual online). 

Dengan rekod prestasi terbukti, strategi perniagaan dan program mentoring, RichWorks berjaya membantu membina beribu-ribu usahawan dan jutawan yang berjaya dalam tempoh 6-24 bulan.

Visi RichWorks adalah menjadi 'Netflix' Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang 2025 dengan akses mudah ke kandungan berorientasikan results dan penyelesaian yang dipercayai di platform dalam talian - RichWorks.com untuk Inspire, Educate & Add Value kepada komuniti di seluruh dunia.

Kesimpulan

Zati doakan semoga RichWorks bertambah maju di tahun 2022 ini. Semoga segala program akan terlaksana dengan jayanya dan dapat membimbing lebih ramai usahawan berjaya di tahun 2022 ini.

Post a Comment

1 Comments

  1. Tahniah buat team RichWorks dalam membantu dan membimbing para usahawan. Moga terus maju jaya.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila berikan komen anda. Jemput follow blog ini ye!