Recap Drama Villa Kristal Episod 4 & Episod 5, (Memang Penuh Skandal & Misteri)

Advertisement

Recap Drama Villa Kristal Episod 4 & Episod 5, (Memang Penuh Skandal & Misteri)

Recap Drama Villa Kristal Episod 4 & Episod 5, (Memang Penuh Skandal & Misteri)  | Drama HOT terkini, Villa Kristal genre romantik, komedi dan misteri sudah ditayangkan di WeTV Malaysia bermula 4 Mac 2022. 

Siri drama komedi 12 episod yang diarah oleh Kabir Bhatia dan Jason Chong, dan dibintangi oleh Mimi Lana, Tiz Zaqyah, Mawar Rashid, dan Jasmine Suraya.



Di episod 3 yang lepas, Hani (Mimi Lana) dan Angel (Jasmine Suraya Chin) telah terjumpa mayat Idris (Tony Eusoff) di kolam renang. Punca kematian Idris masih menjadi teka-teki. 

Walaupun Zati rasa banyak suspek yang boleh disyaki dalam kes pembunuhan Idris ni!


1) Pertelingkahan Antara Bini Kedua, Diana (Tiz Zaqyah) dan Bini Pertama, Shahila (Maria Farida)

Diana lakonan Tiz Zaqyah merupakan seorang wanita berkarier yang berdikari, dan seorang usahawan yang penuh dengan rahsia, nampak garang tetapi mendambakan cinta sejati. Diana merupakan bekas kekasih Idris lakonan Tony Eusoff. 

Zati tertarik dengan watak Diana. Diana ni walaupun menjadi perempuan simpanan kepada Idris, dia seorang yang bekerjaya, dimana dia tidak mengharapkan 100% duit daripada kekasihnya. Yang dia inginkan adalah kasih sayang dari seorang lelaki.



Perhubungan antara Diana dan Idris sering diganggu oleh Shahila lakonan Maria Farida. Shahila merupakan isteri pertama kepada Idris. Shahila ada berjumpa dengan Diana dan mengugut Diana jika Diana masih teruskan hubungan dengan Idis.


2) Fail Rahsia Yang Dijumpai Didalam Bilik Office Idris

Sejak kematian Idris, Diana menjadi tidak keruan. Mungkin disebabkan rindu. Tambahan pula, selepas disahkan kematian Idris disebabkan pembunuhan, Diana menjadi semakin curiga dengan kawan-kawan Idris.

Diana mengambil keputusan untuk masuk ke bilik office Idris untuk mencari jika terdapat sebarang bukti atau petunjuk tentang kes pembunuhan ini. 



Diana tertanya-tanya, apakah isi kandungan fail tersebut? Kenapa fail tersebut diletakkan di tempat rahsia? Akhirnya, Diana mengambil keputusan untuk membaca isi kandungan fail tersebut. Alangkah terkejutnya Diana kerana antara isi kandungan fail tersebut adalah butiran mengenai bisnes haram yang dijalankan oleh Idris dan Robin!


3) Adakah Robin Pembunuh Idris?



Robin lakonan Alvin Wong adalah watak yang membuatkan Zati rasa curiga. Robin merupakan kekasih Angel dan rakan perniagaan Idris. Beliau terpalit dalam sebuah skandal besar yang berpotensi merosakkan kerjaya dan reputasinya. 

Robin sering berhubung dengan Shahila. Dan dia juga sangat marah jika Diana masuk ke dalam office Idris dengan sengaja, seperti Robin sedang menyembuyikan sesuatu. 

Robin juga takut jika Diana bongkarkan fail rahsia tersebut kepada pihak polis dan juga pada kekasihnya iaitu Angel! Malah, Robin juga mengugut Diana jika Diana berani menyerahkan fail tersebut kepada pihak polis.


4) Rose Mengesyaki Ustaz Adib Curang?



Rose lakonan Mawar Rashid merupakan seorang bekas pelakon kanak-kanak, dan kini influencer di media sosial yang semakin menurun popularitinya, beliau juga adalah isteri kedua kepada seorang Ustaz terkenal. Tumpuannya kini adalah untuk menjadi seorang isteri solehah dengan harapan untuk memenangi semula pengikutnya di media sosial.

Ustaz Adib lakonan Nazrief Nazri mempunyai integriti agama dan gaya hidupnya telah menarik perhatian Rose yang kini menjadi isteri keduanya. Seorang yang periang dan baik hati, perwatakannya berubah apabila beliau menyembunyikan sesuatu daripada Rose.



Rose mula mengesyaki Ustaz apabila dia terjumpa bungkusan baju yang diletakkan dibelakang mesin basuh. Ustaz juga berkelakuan pelik apabila dia memberitahu Rose, dia mencuci motor pada jam 4.00 pagi!

Ustaz juga seperti tidak endah dengan Rose lagi. Setiap para isteri mempunyai naluri apabila suami membuat sesuatu dibelakang isteri. Begitu juga dengan Rose, dia seperti mengesyaki bahawa Ustaz mempunyai perempuan lain dibelakangnya. 

Siapa sebenarnya perempuan yang Ustaz jumpa? Ustaz ada scandal ke dengan perempuan tu? Banyak sangat persoalan ni. Tak sabar Zati nak tunggu episod seterusnya!


PENDAPAT ZATI - Acting Skills - Tiz Zaqyah



Nama Tiz Zaqyah tidak asing lagi dalam industri hiburan tanah air. Beliau mempunyai bakat yang besar dalam bidang seni lakonan dan juga nyanyian.

Watak Diana yang dibawa oleh Tiz Zaqyah dalam Villa Kristal ni, memang seakan "hidup". Dari segi gaya, mimik muka, memang Zati katakan Tiz Zaqyah membawa watak ni, dengan baik dan menjadi.

Kerana watak Diana ni, merupakan seorang wanita yang cantik,tegas dan mempunyai kerjaya sendiri. Tetapi disebalik ketegasan, mempunyai seribu sati rahsia yang terpendam. Dan juga dahagakan kasih sayang daripada insan tercinta.

Sememangnya Zati suka lakonan Tiz Zaqyah kerana beliau berjaya membawa apa jua watak yang diberikan.


Tonton Villa Kristal - Madu Manis Beracun

Siapakah yang membunuh Idris? Betulke Ustaz Adib ada skandal? Korang kena tonton Drama VILLA KRISTAL ni hingga ke episod akhir. Korang boleh tonton di WeTV Malaysia.

Korang juga boleh download aplikasi WeTV secara percuma di Play Store untuk pengguna android dan Apps Store untuk pengguna IOS.

Tonton sekarang! 
PERCUMA dan eksklusif di @WeTV Malaysia 

Post a Comment

1 Comments

  1. Banyak kemisterian yang berlaku. Tak sangka ada kaitan dengan Robin tu. Mula mula tak percaya Ustaz Adib curang. lahhh..rupanya lain anggapan tu. Bagus lakonan semua watak.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila berikan komen anda. Jemput follow blog ini ye!