Aloe AC Clean Bubble Cleanser Hansaegee Nature - Cleanser Yang Tidak Mengeringkan Kulit Muka dan Sesuai Untuk Kulit Berminyak

Advertisement

Aloe AC Clean Bubble Cleanser Hansaegee Nature - Cleanser Yang Tidak Mengeringkan Kulit Muka dan Sesuai Untuk Kulit Berminyak

Zati teruja nak bagitahu tentang satu produk keluaran Hansaegee Nature ni. Iaitu Aloe AC Clean Bubble Cleanser. Rasanya ramai dah kenal dengan brand Hansaegee Nature ni kan?

Hansaegee Nature ialah jenama penjagaan kulit yang berpangkalan di Malaysia dan semua produk Original Made in Korea dan diimport terus secara sah ke Malaysia.

Masalah Kulit Berminyak dan Mengelupas


Zati memang mempunyai masalah kulit berminyak dan sering mengelupas apabila Zati menggunakan pencuci muka yang mengeringkan kulit.  

Kulit muka Zati jenis berminyak dan memang kuat berpeluh dibahagian muka. Terutama apabila waktu Zati bekerja. Sebab Zati kerja banyak secara outdoor dan sudah semestinya akan berjemur atau berjalan dibawah terik matahari, confirm muka ni boleh buat cermin dah bila minyak tu muncul! 

Bila muka ni dah berminyak, Zati pun rasa kurang selesa, dan rasa kurang keyakinan bila nak berhadapan dengan orang. Paling stress make-up jadi bercapuk! Sebab tu kadang-kadang Zati malas nak make-up.

Aloe AC Clean Bubble Cleanser



Aloe AC Clean Bubble Cleanser didatangkan dalam bentuk cecair 150ml dalam botol. Mengandungi 11 jenis ekstrak tumbuhan semulajadi dan 2 bahan utama adalah Aloe Barbadensis Leaf Juice  dan Tea Tree Leaf Oil dimana kita semua tahu kedua bahan ini sangat bagus untuk kulit.

Aloe AC Clean Bubble Cleanser membantu :
Membersihkan liang pori secara mendalam
Menanggalkan lebihan sebum (minyak) pada kulit
Melembapkan kulit
Mengawal minyak
Merawat masalah jerawat

Paling penting adalah ianya tidak memberi kesan sampingan kepada kulit kerana teksturnya yang ringan. Ianya juga sesuai untuk semua jenis kulit termasuklah kulit berminyak, kulit kering dan kulit kombinasi.

Kesan Penggunaan Aloe AC Clean Bubble Cleanser

Sumpah! Zati dah jatuh cinta dengan pencuci muka dari Hansaegee ni! Nak tahu kenapa? Sebabnya, pencuci muka ni langsung tak kering dan tegangkan kulit muka Zati.



Selepas dua minggu Zati guna pencuci muka ni, Zati rasakan kulit muka jadi lembap dan minyak juga berkurangan. Boleh bezakan gambar Zati yang diatas dengan yang sekarang ni, kulit terasa lebih bersih dan segar.

Cara Pakai Aloe AC Clean Bubble Cleanser


Cara Zati pakai macam biasa je. Guna dua kali sehari pagi lepas bangun tidur dan malam sebelum nak tidur punya skincare rutin.  Zati biasa guna satu pump je untuk satu muka sebab buih dia banyak dan bila campur air bertambah berbuih-buih. 





Sebab buih dia lembut, tak rasa kasar atau tegang pun pada kulit. Urut je buih pencuci muka ni dengan lembut pada kulit. Tak terlalu lama dan tak terlalu kejap. Lepastu boleh la bilas guna air biasa.

Bila dah jumpa pencuci muka yang sesuai dengan kulit, kulit mesti la nampak lebih sihat, bermaya, glowing dan masalah-masalah kulit dapat dihindari. 


Macam Zati suka pencuci muka ni, jerawat memang dah kurang sangat keluar, bila pakai makeup tak ada dah kawasan kulit yang nampak kering dan paling best tak ada masalah kulit yang ketara.

Satu Family Guna Aloe AC Clean Bubble Cleanser

Suami Zati sendiri mempunyai masalah kulit muka berminyak dan juga parut jerawat yang banyak dimuka. Zati syorkan dia guna pencuci muka ni secara konsisten selama dua minggu, hasilnya parut jerawat semakin pudar.



Cuma minyak dimuka belum berkurangan, mungkin sebab factor cuaca kerana suami Zati kerja sebagai rider, so semestinya kerja dibawah panas matahari. Tapi memang nampak perubahan nya.


Adik Zati pun sama je masalah kulit dia dengan suami Zati. Biasalah remaja kan, semestinya lah jerawat tumbuh dengan jayanya. Tapi selepas beberapa kali dia guna pencuci muka Aloe AC Clean Bubble Clanser ni, jerawat kecut dan parut semakin pudar.

Dia punya seronok, sampaikan dia nak order satu lagi untuk dia konsisten guna. Siap tanya nak beli kat mana.

Kalau korang pun nak beli sekali boleh singgah semua media social dan website di bawah okay.



Post a Comment

1 Comments

  1. menarik!! boleh cuba ni. terima kasih atas perkongsian..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila berikan komen anda. Jemput follow blog ini ye!