Khasiat Madu Untuk Kesihatan Dan Kulit Yang Perlu Anda Tahu

Advertisement

Khasiat Madu Untuk Kesihatan Dan Kulit Yang Perlu Anda Tahu


Madu ialah sejenis manisan yang dihasilkan oleh lebah dan diperoleh dari nektar pelbagai jenis bunga ketika proses pendebungaan. Madu juga mempunyai antioksidan yang tinggi dan banyak memberi manfaat dan kebaikan dalam penjagaan kesihatan.

Selain itu, ia juga baik untuk kulit dan sering digunakan sebagai salah satu bahan dalam produk penjagaan diri seperti sabun madu Amway.

Mengikut kajian, madu mempunyai keupayaan sebagai agen antibakteria. Sebab itulah madu sering dijadikan pilihan sebagai bahan untuk membantu meningkatkan kesihatan diri dan kulit.

Fakta Ringkas Mengenai Madu

  • Fakta yang paling penting, jangan pernah memberikan madu kepada kanak-kanak di bawah usia 12 bulan
  • Madu mempunyai hubung kait dengan fungsi penyembuhan luka dan berperanan sebagai antibakteria
  • Boleh digunakan untuk menggantikan gula dalam makanan, dan menjadikan ia satu pilihan yang lebih sihat
  • Madu telah digunakan dalam perubatan untuk lebih 5,000 tahun

Apakah manfaat madu untuk kesihatan?

Berikut adalah beberapa manfaat madu untuk kesihatan:

#1. Membantu Dalam Mengurangkan Berat


Menurut pengarang dan pakar nutrisi, Mike McInnes, madu dapat membakar lemak badan walaupun ketika anda tidur. Ia adalah satu makanan yang terbaik untuk mengurangkan berat.

Terdapat cadangan yang mengatakan, untuk mengurangkan berat, anda boleh mengambil sesudu madu sebelum tidur atau campurkan madu dengan air suam ketika perut masih kosong pada awal pagi.

Mengambil madu sebagai perkara pertama dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme, yang mana membantu untuk mengurangkan berat dengan lebih pantas.

#2. Mengandungi Nutrien

Madu adalah cairan manis dan pekat yang dihasilkan oleh lebah madu.

Secara nutrisi, 1 sudu madu (21gram) mengandungi 64 kalori dan 17 gram gula, termasuk fruktosa, glukosa, maltosa dan sukrosa. Ia hampir tidak mengandungi sebarang serat, lemak atau protein.

Ia turut mengandungi beberapa vitamin dan mineral – tetapi jumlah yang perlu diambil adalah tinggi untuk memenuhi keperluan harian.

Madu turut mengandungi kandungan kompaun bioaktif dan antioksidan.

#3. Menguatkan Sistem Imun

Dianggap sebagai ubatan semula jadi yang membantu mengubati sakit tekak. Fungsi antioksidan dan anti-bakteria membantu melawan jangkitan disebabkan virus, bakteria dan kulat.

Madu buckwheat (campuran bijian yang digunakan sebagai makanan haiwan ternakan), mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi dan mampu mempertingkatkan imun untuk jangka masa panjang jika diambil setiap hari.

Kebaikan Madu untuk Kulit


Berikut adalah antara kebaikan madu untuk wajah yang anda boleh dapatkan:

#1. Mencegah Kerosakan Kulit Akibat Radikal Bebas

Madu mengandungi antioksidan yang cukup tinggi, jadi ia boleh mencegah kerosakan kulit yang disebabkan oleh pendedahan kepada radikal bebas. Inilah sebab mengapa madu baik untuk digunakan sebagai mask muka.

#2. Mencerahkan Dan Memutihkan Kulit Muka

Madu juga mampu mencerahkan dan memutihkan kulit wajah.Manfaat ini datang dari kandungan vitamin E di dalamnya dan boleh menjadi lebih berkesan apabila digabungkan dengan lemon.

#3. Mengatasi Jerawat

Madu juga mengandungi sebatian aktif yang bersifat anti-radang dan antibakteria. Kandungan ini menjadikan madu boleh digunakan sebagai bahan semulajadi untuk menghilangkan jerawat.

#4. Mengurangkan Risiko Kanser Kulit

Beberapa kajian mendedahkan bahawa madu juga antikanser. Selain itu, kandungan antioksidan di dalamnya juga boleh menghalang pertumbuhan sel-sel penyebab kanser kulit.

Walaupun madu mempunyai pelbagai manfaat dan kebaikan kepada kulit, namun ia tidak mudah untuk disapu pada kulit wajah kerana teksturnya yang melekit dan berair. Jadi, cara yang paling mudah untuk memberikan khasiat madu pada kulit anda ialah dengan menggunakan produk G&H Nourish+. Ia mengandungi Madu Bunga Oren yang merupakan bahan semula jadi sebagai pelembap yang terbaik untuk kulit.

Rangkaian Produk Yang Terbaik Untuk Penjagaan Diri Anda

Antara rangkaian produk G&H Nourish+ yang terbaik untuk penjagaan diri ialah:

Sabun Kecantikan G&H Nourish+ merupakan produk pilihan pelanggan. Ia dihasilkan daripada adunan yang kaya dengan bahan semula jadi dan bahan botani. Ia membuatkan kulit terasa lembut dan lembap serta boleh digunakan untuk muka dan badan. Pencuci muka Amway ini telah diuji secara dermatologi dan tidak membuatkan kulit menggelupas atau kering. Ia sesuai untuk semua jenis kulit dan membantu menjadikan tona kulit anda lebih sekata.

Sabun Kecantikan G&H NOURISH+ ialah sabun kecantikan yang tidak kuat, tidak mengelupas dan terbiodegradasikan yang membantu untuk melegakan dan menghidratkan kulit kering. Sabun ini tidak komedogenik, diuji secara dermatologi untuk alahan, sesuai untuk semua jenis kulit.

Mandian G&H Nourish+dirumus khas untuk memberi kelembapan pada kulit anda. Dengan kandungan botani semula jadi, ia membantu melegakan dan menyamankan kulit kering.

Jangan abaikan tangan anda. Krim Tangan G&H Nourish+ membantu memberi kelembapan menyeluruh setiap kali disapu pada tangan. Ia dapat membantu mengurangkan kedutan pada kulit tangan agar kelihatan tegang dan muda.

Selain khasiat dari Madu Bunga Oren, rangkaian G&H Nourish juga mengandungi Mentega Shea yang membantu melindungi kulit dan minyak pati labu yang kaya dengan asid lemak perlu dan vitamin serta memberi kelembapan sehingga 24 jam.

Untuk memastikan kulit nampak sihat, kurang garis-garis halus dan mengelakkan kulit kering, pastikan anda menggunakan rangkaian produk G&H Nourish.

Pembelian secara dalam talian yang sangat mudah dan boleh dibuat melalui pautan https://wa.link/scn6i2

Post a Comment

0 Comments