Penggunaan sunscreen sangat penting pada semua tak kira lelaki atau perempuan. Kerana sunscreen dapat membantu melindungi kulit kita daripada sinaran UV yang mampu merosakkan kulit. Walaupun duduk dirumah, perlu untuk kita memakai sunscreen kerana, sinaran cahaya dari handphone, televisyen dan laptop juga boleh merosakkan kulit ya!
Sebelum ni, Zati ada juga guna beberapa sunscreen yang lain, tapi kulit muka Zati jadi lebih berminyak. Dah tu mula lah cik jerawat tumbuh dengan meriah! Rupanya baru lah Zati tahu, pemilihan sunscreen yang betul akan mempengaruhi kulit kita.
Aloe Vera Sunscreen dari Hansaegee Nature
Bila Zati guna Aloe Vera Sunscreen SPF50+ PA+++ dari Hansaegee Nature ni, ianya sesuai dengan kulit Zati. Sebab sunscreen ni tak berminyak dan cepat meresap dalam kulit. Sesuai juga jadikan Makeup Base. Jadinya, takda lah makeup bercapuk.
Info Aloe Vera Sunscreen Hansaegee Nature
- Aloe Vera Sunscreen ini, seperti namanya kandungan Aloe Vera, dan beberapa ekstrak tumbuhan seperti Centella Asiatica Extract, Morus Alba Bark Extract, Orchid Extract
- Dan juga mempunyai kandungan Sodium Hyaluronic, Gliserin, & Allantoin
- Merupakan pelindung matahari yang kuat SPF50+ PA+++, dan teksturnya sangat lembap, ringan, tidak berminyak (mudah dicampur dengan baik) .
- Kebiasaannya kita pakai Sunscreen akan berminyak pada kulit, Tetapi Hansaegee Aloe Vera Sunscreen ni sangat lembap & lembut bila disapu pada kulit wajah. Juga tidak berminyak dan tidak melekit.
- Dan biasa kita pakai sunscreen, muka akan nampak pucat, atau putih apabila terkena White Cast kat muka, especially bawah cahaya matahari, maka kulit nampak tak cantik. Tetapi, Aloe Vera Sunscreen No White Cast ini langsung tiada warna apabila disapu pada kulit, bahkan ianya mampu meresap dengan baik pada kulit, kemudian boleh mencerahkan sedikit tona kulit secara semulajadi.
- Sesuai untuk kulit sensitif juga, kerana kandungan yang baik boleh memberi perlindungan kepada kulit. Jadi kebanyakan orang kulit sensitif mempunyai masalah apabila menggunakan pelindung matahari.
- Tanpa alkohol, tanpa paraben, tanpa silikon, tanpa sulfat, tanpa allergen.
Cara Penggunaan Aloe Vera Sunscreen Hansaegee Nature
Cara rutin harian Zati guna Aloe Vera Sunscreen ni adalah :-
- Bersihkan muka dengan menggunakan Aloe AC Bubble Cleanser agar dapat membersihkan minyak dan kotoran di wajah.
- Keringkan muka dengan tuala bersih dan sapukan Aqua Whitening Cream untuk mengekalkan kelembapan kulit serta mencerahkan kulit wajah.
- Akhir sekali, baru lah Zati sapukan Aloe Vera Sunscreen seluruh wajah agar dapat menghalang sinaran cahaya matahari daripada merosakkan kulit wajah. Mudah kan?
Tekstur Krim Yang Lembut
Kelebihan Aloe Vera Sunscreen ni adalah mempunyai tekstur krim yang lembut serta mudah meresap. Sebab tu ianya sesuai dijadikan makeup base. Ianya juga tidak meninggalkan sebarang warna / kesan.
Untuk membuktikan Aloe Vera Sunscreen ni tidak berminyak, Zati ada buat sikit eksperimen untuk pastikan sama ada betul tak ianya tidak bermiyak. Dan hasilnya, memang betul! Tak berminyak okay. Jadi sangat sesuai untuk oily skin.
Diatas adalah hasil bila Zati apply dekat skin sendiri. Sangat senang blend sebab terus serap dan lembut kat kulit. Tiada langsung nampak putih putih kat muka, walaupun depan cahaya lampu, tetap nampak natural
Walaupun bawah cahaya matahari tetap nampak natural. Jadi tak perlu lagi risau ada white cast ataupun kulit berminyak bila apply sunscreen. Dengan Aloe Vera Sunscreen dari Hansaegee ni sesuai untuk kulit berminyak.
Apa Yang Best Tentang Aloe Vera Sunscreen dari Hansaegee Nature ni?
Setelah beberapa kali penggunaan, Zati rasakan Aloe Vera Sunscreen ni sesuai dengan kulit Zati. Sebab ianya tidak menjadikan muka Zati bertambah berminyak. Dan sunburn pada muka Zati pun dah berkurangan. Lagi pula, tak perlu risau makeup bercapuk!
Disebabkan saiz sunscreen ni comel iaitu 70ml, maka senanglah untuk Zati simpan dalam bag makeup ni. Senang bawa kemana-mana. Jangan risau penutup dia takkan terbuka, sebab penutup sunscreen ni mempunyai ciri keselamatan sendiri iaitu Twist Lock – Cover.
Aloe Vera Sunscreen Hansaegee Nature ini sesuai untuk semua jenis kulit kerana ia berfungsi dalam melembap dan menyihatkan kulit muka, sebab itulah kulit rasa selesa dan segar sentiasa.
Bagi korang yang berminat untuk membeli dan mengetahui lebih lanjut mengenai produk ini, anda bolehlah layari laman sesawang - https://hansaegee.com/product/aloe-vera-sunscreen/
Atau media sosial Hansaegee Nature seperti berikut :
Brand: Hansaegee Nature
Website: www.hansaegee.com/shop
INSTAGRAM page: https://www.instagram.com/hansaegeenature/
FACEBOOK page: https://www.facebook.com/HansaegeeNature
Youtube page: https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia
0 Comments
Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila berikan komen anda. Jemput follow blog ini ye!