Anda nak buat perjalanan jauh, tapi takut mengantuk di tengah jalan? Berikut adalah tips untuk hilangkan mengantuk bagi pemanduan yang lebih selamat. Baca di sini.
Terdapat banyak faktor yang boleh mengakibatkan berlakunya kemalangan di jalan raya, antara yang banyak dilaporkan adalah kes melibatkan keletihan dan kelesuan pemandu di jalan raya. Akibat rasa mengantuk, ramai pemandu hilang fokus ketika pemanduan yang boleh mengakibatkan musibah yang tidak diingini.
Sebenarnya, ada beberapa tips yang anda boleh lakukan untuk hilangkan rasa mengantuk ketika memandu. Nak tahu? Ikuti sahaja perkongsian ini dan amalkan petua sebelum anda membuat perjalanan.
Rehat yang cukup
Sememangnya petua utama untuk perjalanan yang selamat adalah dengan mendapatkan rehat yang secukupnya.
Jika anda sudah merancang untuk membuat perjalanan jauh, pastikan anda tidur dan rehat dengan cukup sebelum memulakan perjalanan. Selesaikan semua kerja anda seawal mungkin dan tidur awal. Jangan pula esok nak berjalan, malam ini anda syok melayan drama bersiri sehingga lewat malam!
Bahan kudap-kudap
Hari sudah tiba, dan anda bersedia untuk membuat perjalanan dengan penuh tenaga. Tetapi sebelum itu, singgah dulu di mana-mana kedai atau stesen minyak untuk beli bahan kudap-kudap.
Apa yang dimaksudkan dengan bahan kudap-kudap itu? Belilah snek, keropok, atau apa-apa yang anda boleh kunyah sambil memandu nanti. Jika anda bosan atau rasa mengantuk di jalan raya, snek ini boleh membantu anda fokus kembali pada pemanduan. Gula-gula berangin atau asam juga boleh membantu anda merasa lebih segar ketika memandu.
Peneman/co-pilot yang baik
Salah satu cara lain untuk kekal segar dan bertenaga semasa memandu adalah dengan ada peneman atau co-pilot yang serasi dengan anda.
Selain daripada membuat penggiliran pemanduan, co-pilot yang baik juga boleh menghilangkan kebosanan anda di jalan raya. Jadi carilah peneman yang anda boleh bawa bersembang, menyanyi bersama, atau bersuka ria dengan selesa sepanjang perjalanan anda. Gerenti anda akan sentiasa segar dan ceria semasa memandu.
Berehat sekejap (power nap)
Ramai sebenarnya pandang rendah dengan keajaiban tidur sekejap ini. Sama ada ketika membuat kerja, atau memandu, berehat sekejap dapat membantu anda menghilangkan kelesuan tanpa memakan banyak masa.
Carilah tempat yang selamat untuk anda berehat sebentar sebelum menyambung perjalanan. Walaupun sekejap, waktu rehat ini cukup untuk menyegarkan badan anda dan mengelakkan perkara tidak diingini berlaku akibat keletihan anda di jalan raya.
Kesimpulan
Ada pelbagai cara yang anda boleh gunakan untuk elak daripada berasa letih dan mengantuk ketika memandu di jalan raya. Ini amat penting kerana macam-macam perkara tidak diingini boleh berlaku jika anda memandu dalam keadaan tidak fokus dan penat.
Selain daripada tips-tips di atas, anda juga perlu memastikan diri anda dilindungi dengan pelan perlindungan takaful yang komprehensif agar anda dapat menjalani kehidupan dengan perasaan yang selesa dan selamat.
Mahukan pelan takaful kemalangan diri yang dapat memberi perlindungan jika ada apa-apa berlaku pada diri anda? Takaful IKHLAS ada pelan perlindungan kemalangan diri yang dapat disesuaikan untuk manfaat anda ke atas sebarang risiko yang boleh berlaku ketika anda memandu. Untuk maklumat lanjut, layari sahaja https://www.takaful-ikhlas.com.my/ms/produk-kami/peribadi/kemalangan-peribadi sekarang.
0 Comments
Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila berikan komen anda. Jemput follow blog ini ye!