Mengapa Kita Perlu Menghindari Obesiti

Advertisement

Mengapa Kita Perlu Menghindari Obesiti


Ramai orang Malaysia menghidapi obesiti kerana gaya hidup yang kurang sihat. Ketahui lebih lanjut mengapa ia perlu dielakkan demi menjaga kesejahteraan anda.

Obesiti adalah satu penyakit yang sering dipandang remeh oleh rakyat Malaysia. Ramai beranggapan bahawa obesiti ini hanya memberi kesan kepada penampilan diri semata-mata. Hakikatnya, ramai tidak tahu kesan negatif yang panjang pada seseorang yang tidak menjaga berat badan mereka.

Apa itu obesiti?

Sebenarnya, obesiti ini bukanlah mengenai saiz badan yang besar semata-mata. Ada orang mempunyai pelbagai bentuk badan sama ada besar atau kecil, dan itu bukan penanda aras bahawa anda merupakan obes.

Obesiti diukur pada dua cara utama, iaitu Indeks Jisim Badan (BMI) ataupun pada ukur lilit perut anda. Pada umumnya, seseorang individu yang mempunyai ukuran BMI melebihi 27.5 adalah dikira sebagai obes. Pada masa yang sama, obesiti yang lebih bahaya merupakan obesiti abdominal, di mana ukur lilit pinggang seseorang itu melebihi 90 cm untuk lelaki, dan 80 cm untuk wanita.

Obesiti abdominal adalah sejenis obesiti yang sering dikaitkan dengan pelbagai penyakit kronik jangka panjang yang perlu dielakkan.

Sakit kronik jangka panjang

Antara sebab utama kita perlu elak obesiti ini adalah ia merupakan faktor utama pelbagai penyakit kronik jangka panjang.

Anda mungkin tertanya-tanya, apakah penyakit yang dikaitkan dengan masalah obes ini? Penyakit seperti tekanan darah tinggi, kencing manis, dan sakit jantung adalah kesan yang biasa berlaku kepada pesakit obesiti. Ini kerana mereka kebanyakannya mengamalkan pemakanan kurang sihat dan gaya hidup yang pasif.

Penyakit kronik seperti ini bukan sahaja membawa risiko pada nyawa anda, malah ia juga akan memberi kesan kepada kelayakan anda pada mana-mana pelan perlindungan atau takaful kesihatan yang anda inginkan.

Penyakit kulit

Ramai sudah tahu tentang penyakit-penyakit kronik dan masalah obesiti ini. Tetapi ada juga yang tidak sedar bahawa masalah berat badan juga boleh menyebabkan pelbagai masalah kulit.

Anda mahu elak penyakit seperti muka berjerawat teruk? Atau penyakit bisul di celah paha dan ketiak yang berterusan? Elakkan obesiti dengan menjaga pemakanan dan gaya hidup anda. Ini kerana pesakit obesiti banyak mengalami penyakit-penyakit seperti ini.

Kesihatan mental terganggu

Bila seseorang mempunyai imej badan yang tidak ideal, menderita penyakit kronik, atau menanggung kesakitan daripada penyakit kulit, sudah semestinya ketahanan mental mereka akan terganggu.

Inilah antara kesan buruk daripada obesiti. Kesan-kesannya yang lain sering mengakibatkan pesakit mengalami tekanan perasaan, kemurungan, dan banyak lagi kesan lain terhadap kesihatan mental mereka.

Kesimpulan

Memandangkan mencegah itu lebih baik daripada merawat, kita sewajarnya perlu mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat untuk mengelakkan daripada mendapat obesiti. Jika kita tidak menjaga berat badan kita, pelbagai masalah kesihatan lain akan datang yang sekali gus dapat menjejaskan kualiti hidup kita.

Jika anda mahu mendapatkan perlindungan takaful selagi masih sihat, Takaful IKHLAS ada menawarkan pelbagai rangkaian pelan perlindungan menyeluruh khas untuk anda. Ketahui lebih lanjut dengan melayari laman web mereka di https://www.takaful-ikhlas.com.my/ms/produk-kami/perlindungan sekarang.

Post a Comment

0 Comments