Childhood Game - Aktiviti Bersama Keluarga Di Rumah

Advertisement

Childhood Game - Aktiviti Bersama Keluarga Di Rumah


Melakukan aktiviti bersama keluarga adalah perkara yang paling seronok bagi setiap keluarga. Bukan sahaja kita dapat mengeratkan lagi perhubungan diantara ibu bapa dan anak-anak, tetapi boleh mengisi masa lapang dihujung minggu.

Pelbagai aktiviti kita boleh lakukan bersama keluarga, antaranya ialah gotong royong membersihkan rumah dan kawasan rumah, memasak, camping, bermain permainan komputer / handphone dan bermacam lagi. Kerana aktiviti seperti ini akan jadi kenangan indah pada anak-anak dan ibu bapa juga.

Childhood Game

Pilihan Zati bersama keluarga adalah dengan bermain permainan zaman Zati kanak-kanak dulu. Bestnya permainan komputer ni, boleh main secara percuma dan tak perlu download! Sangat mengimbau kenangan zaman dulu.


Board Games adalah salah satu permainan komputer yang Zati suka main. Sebenarnya ada banyak senarai game yang menarik dalam website ni. Tapi yang Zati minat adalah Checkers , Snakes and Ladders dan Master Chess.

Checkers


Permainan dalam talian yang mudah dan asas bagi permainan papan klasik di mana pemain melompat keping pasukan lain untuk mengeluarkannya dari papan dan mencapai pihak lawan untuk menjadi raja. Anda boleh memilih satu atau dua pemain.

Bahasa mudah permainan ni yang selalu kita sebut adalah dam haji. Korang boleh lawan dengan bot dan boleh multiplayer. 


Bila dah lama tak main permainan ni, asyik kalah je! hahaha. Tapi memang seronok sangat, teringat zaman kecil dulu arwah ayah buat sendiri papan dam ni dengan buah nya sekali. Rindu betul!

Sama juga dengan permainan Master Chess ni. Walaupun Zati tak berapa tahu sangat main chess ni, tapi layan juga sebab permainan ni yang selalu juga main waktu kecil dulu.

Snakes and Ladders

Dulu kalau beli dam haji kat kedai runcit, wajib beli sekali dam ular kan? hahaha. Sekarang tak perlu beli, boleh main je dalam komputer atau handphone. 


Kenangan betul bila main permainan ni. Seronok bila dapat main dalam bentuk digital macam ni. Korang patut cuba main dengan anak-anak korang hehe.

Educational Game

Korang juga boleh main sambil belajar tau! Takde lah anak-anak tu stress sangat kalau tengok buku je kan! Salah satu permainan yang menarik perhatian Zati adalah Math Game. Semua permainan dalam ni tak perlu download. Boleh la ajar anak-anak asas matematik seperti Addition, Subtraction, Multiplication & Division.


Diantara Math Games yang menarik adalah Sinal Game di mana pelajar mesti memilih operator matematik yang betul untuk melengkapkan persamaan untuk mencapai keputusan yang diberikan.

Jadinya, sambil main sambil belajar. Anak-anak mesti enjoy je dan mak mak pun tak stress hehehe.
Ada banyak lagi tau permainan main sambil belajar ni korang! Boleh lah mengisi waktu lapang dihujung minggu dengan anak-anak.

Kesimpulan

Jadikan aktiviti bersama keluarga ni, satu aktiviti yang harus dibuat waktu cuti. Supaya dapat eratkan silaturahim antara ibu bapa, anak-anak dan suami isteri. Tak semestinya untuk berseronok bersama keluarga mesti mengeluarkan belanja yang mahal. 

Hanya dengan duduk dirumah pun kita boleh buat pelbagai aktiviti. Apa yang penting moment indah yang kita cipta bersama insan-insan tersayang!

Post a Comment

0 Comments