Memang syok dapat naik motosikal beramai-ramai. Baca perkongsian ini untuk dapatkan pelbagai tips untuk anda mengembara dalam konvoi motosikal dengan selamat.
Anda baru sahaja renew cukai jalan dan takaful motosikal, tetapi masih tak tahu nak berjalan-jalan ke mana dengan motosikal anda.
Jika anda berhasrat untuk membuat perjalanan jauh dengan motosikal tetapi tidak mahu lakukannya berseorangan, sertai sahaja konvoi motosikal.
Apa itu konvoi motosikal?
Konvoi pada umumnya adalah sekumpulan orang yang membuat perjalanan beramai-ramai menuju ke suatu destinasi. Tujuannya adalah mudah, iaitu berkongsi keseronokkan dalam semangat berpasukan sambil anda membuat perjalanan jauh dengan motosikal anda.
Anda berminat untuk merancang atau menyertai mana-mana konvoi motosikal? Ikuti senarai panduan ini agar konvoi motosikal anda dapat dijayakan dengan lancar.
1. Tetapkan jadual perjalanan
Dalam konvoi, penetapan dan pematuhan jadual perjalanan itu memang mustahak. Ini untuk memastikan semua ahli tidak ketinggalan dan dapat menuju ke destinasi dalam masa yang ditetapkan. Jadual boleh dirancang sebelum hari perjalanan, dan diingatkan semula beramai-ramai sebelum perjalanan bermula.
2. Lantik ahli penting dalam konvoi
Pastikan ada seorang marsyal konvoi yang bertanggungjawab mengatur aliran perjalanan kumpulan dari mula hingga ke akhir. Kemudian, satu konvoi juga perlu melantik runner yang bertugas untuk menunggang ke hadapan bagi tujuan komunikasi dengan marsyal dalam apa-apa masalah yang berlaku. Kemudian, pastikan konvoi anda juga ada sweeper yang akan berada paling belakang. Tugas sweeper adalah untuk memastikan tiada siapa yang tertinggal dalam konvoi tersebut.
3. Gunakan sistem pasangan
Sistem pasangan atau buddy ini berfungsi untuk memastikan setiap peserta dapat menunggang mengikut keselesaan dan kemampuan masing-masing dengan sokongan peserta yang lain. Dalam satu konvoi, selalunya penunggang yang mahir akan dipasangkan bersama penunggang yang kurang mahir.
Kenalpasti tahap kemahiran anda dalam menunggang motosikal dan pilih buddy yang sesuai. Ingat, konvoi motosikal ini selalunya melibatkan perjalanan yang jauh, jadi anda perlu sokongan yang baik untuk melengkapkan perjalanan dengan selamat.
4. Patuhi undang-undang jalan raya
Salah satu perkara yang mengasyikkan dalam konvoi motosikal adalah kelajuan motosikal yang ditunggang. Tetapi anda perlu sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya yang ditetapkan demi keselamatan diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain.
Kesimpulan
Jika konvoi motosikal anda dirancang dengan baik, perjalanan yang dibuat bukan sahaja menyeronokkan, malah juga selamat. Yang paling penting, anda dapat berkongsi kenangan manis bersama sekumpulan rakan-rakan sepanjang membuat perjalanan hanya dengan motosikal anda.
Mahu perlindungan motosikal yang terbaik dan komprehensif semasa anda menyertai konvoi nanti? Pilih sahaja takaful motosikal yang ditawarkan oleh Takaful IKHLAS sekarang untuk pakej perlindungan yang menyeluruh. Untuk maklumat lanjut, layari sahaja https://www.takaful-ikhlas.com.my/ms/produk-kami/motor.
1 Comments
Tak pernah lagi ikut konboi bermotor
ReplyDeleteTerima kasih sudi baca artikel ini. Sila berikan komen anda. Jemput follow blog ini ye!