AEON Member Day Is Back!! - AEON 38th Anniversary | Ulang tahun AEON yang ke-38 kini kembali dan dikenali sebagai A-Day. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan pada hari A-Day tersebut. Sampai Zati sendiri pun teruja bila dapat lihat sendiri aktiviti yang telah diadakan.
Lebih 100 business partner brand telah berkolaborasi dengan AEON untuk kempen Ulangtahun ke 38 bermula 1 Oktober hingga 30 November 2022. Sempena sambutan ulang tahun AEON yang ke-38, pihak AEON telah menyenaraikan beberapa acara dan juga promosi bersama rakan niaga AEON MALL.
- Awesome F&B - 1 October 2022 - 15 October 2022
- Amazing Fashion & Accessories - 16 October 2022 - 31 October 2022
- Absolute Health & Beauty - 1 November 2022 - 15 November 2022
- Astounding Specialty, Service & Entertainment - 16 November 2022 - 30 November 2022
A-Day Activity - AEON 38th Anniversary
Zati tiba di AEON Kinta City sekitar jam 11 pagi. Walaupun agak awal lagi, sudah ramai yang berkunjung dan ada juga yang telah menyertai beberapa program yang telah disediakan pada hari tersebut. Diantara aktviti yang sempat Zati lihat dan sertai adalah:-
1. Zumba
Antara aktiviti paling awal dijalankan pada 10.30 pagi adalah zumba. Meriah sangat zumba ni semalam! Sebab nya zumba ni dibimbing oleh konduktor yang berpengalaman. Jadinya, kita yang tengok pun jadi seronok!
2. Balloon Drop
Aktiviti Ballon Drop ni diadakan dua kali tau! Sekali pada jam 12.00 tengah hari dan yang kedua pada jam 3.00 petang. Ada 3800 ballon yang kita sendiri kena pecahkan untuk dapatkan hadiah misteri atau voucher yang ada dalam ballon tersebut.
Ini adalah beberapa voucher yang Zati dapat semasa aktiviti Ballon Drop tu. Sebenarnya Zati seram bunyi ballon tu meletup!haha. Itu pun suami Zati yang pecahkan dan dapat lah beberapa voucher seperti dalam gambar diatas.
3. Cosplay Walkabout
Cosplay Walkabout ni adalah satu aktiviti atau program yang menarik perhatian Zati. Bagi yang minat tengok anime, pasti korang akan kenal karakter yang diperagakan.
Terhibur sangat bila tengok gelagat mereka semasa memperagakan pakaian yang mereka tiru didalam watak anime. Zati suka tengok adik ni, yang bawa watak Anya Forger dalam anime bersiri Spy X Family. Comel sangat adik ni!
Apa yang Menarik di A-Day AEON Mall
Bila disebut sambutan ulang tahun, semestinya meriah kan! Apa yang Zati nampak semasa di AEON Kinta City semalam, banyak promosi-promosi barang yang menarik seperti barangan elektrik, keperluan rumah, barangan bayi dan pelbagai lagi. Yang menarik lagi semasa berlangsungnya A-Day ni adalah :-
1. Diskaun Sehingga 80 %
2. Mata tambahan (AEON Member Plus) dengan perbelanjaan minimum RM80
3. Setiap pembelian sebanyak Rm100 korang akan mendapat pulangan tunai RM10
4. Percuma 1 pasang tiket Legoland dengan perbelanjaan minimum RM38 dalam maksimum 2 resit gabungan hari yang sama daripada mana-mana rakan kongsi perniagaan AEON MALL.
5. 3 jam parking percuma (kecuali Bukit Tinggi). Boleh shopping lama-lama.
6. Banyak lagi aktiviti yang menyeronokkan dan korang boleh dapatkan hadiah misteri.
7. Pada siapa yang baru nak daftar jadi member AEON terus dapat satu bantal secara percuma.
Lokasi Sambutan A-Day - AEON 38th Anniversary
Pada yang tidak dapat sertai sambutan A-Day pada 1 October 2022 di Aeon Kinta City, Ipoh ni jangan risau, ada beberapa lokasi lagi yang akan adakan juga sambutan A-Day ni yang patut korang pergi!
AEON MALL Bukit Tinggi, Klang (6 Oct 2022)
AEON MALL Cheras Selatan (7 Oct 2022)
AEON MALL Bandaraya Melaka (7 Oct 2022)
AEON MALL Tebrau City, Johor (28 Oct 2022)
AEON MALL Shah Alam (29 Oct 2022)
Korang yang berdekatan dengan lokasi diatas, boleh save tarikh tersebut, dan boleh datang sertai A-Day di AEON Mall yang terpilih. Korang boleh juga dapatkan update terkini tentang aktiviti / program yang diadakan di AEON Mall di Facebook AEON Retail Malaysia.
Acara 'Ballon Drop' akan diadakan di setiap lokasi A-Day Malls yang terpilih. Hanya pada 12 tengahari & 3 petang sahaja
0 Comments
Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila berikan komen anda. Jemput follow blog ini ye!