Nenek moyang kita ada pelbagai petua untuk menjaga kesihatan mereka. Ketahui beberapa amalan yang anda boleh praktikkan untuk gaya hidup lebih sihat di sini.
Orang dulu-dulu tiada ubat-ubatan moden ataupun pelan perlindungan takaful untuk membantu mereka mengekalkan kehidupan yang sihat dan bebas sebarang risiko kesihatan. Oleh itu, pelbagai petua dan amalan yang mereka lakukan untuk kehidupan yang sejahtera.
Sebenarnya, ada macam-macam petua yang kita boleh cuba amalkan dalam kehidupan seharian kita. Nak tahu lebih lanjut? Ikuti sahaja perkongsian ini.
Untuk hilangkan bau badan
Bau badan bukan sahaja dapat membuatkan anda tidak selesa, tetapi ia juga boleh memberi kesan kepada penampilan diri anda. Keyakinan diri anda pun boleh terjejas dengan masalah bau badan tidak terkawal.
Kalau anda dah cuba pelbagai deodoran dan produk tetapi masih tidak berkesan, anda boleh cuba petua orang-orang tua ini untuk hilangkan bau badan. Ambil beberapa biji limau kasturi dan buang bijinya. Kemudian, anda makan kulit buah tersebut bersama jusnya. Kalau tak tahan masam, kisar sahaja beberapa biji limau kasturi untuk dijadikan jus yang enak mengikut citarasa anda.
Melegakan resdung
Anda selalu tak boleh tidur akibat hidung tersumbat? Mungkin anda boleh cuba petua orang- orang tua ini.
Zaman sekarang, ramai bergantung kepada ubat-ubatan dan antihistamin untuk melegakan simptom resdung dan hidung tersumbat. Tetapi orang dulu-dulu suka mengamalkan menyedut air ke dalam hidung untuk membersihkan rongga-rongga hidung, terutamanya apabila mengambil wuduk. Untuk yang beragama Islam, anda mungkin boleh mengamalkan amalan ini dalam setiap wuduk anda.
Mengurangkan dengkur
Orang sebelah anda sering terganggu akibat dengkuran anda yang kuat? Boleh cuba petua orang lama ini untuk kurangkan berdengkur.
Ambil tujuh biji badam dan tumbuk halus untuk disebatikan dengan segelas susu panas. Minum beberapa minit sebelum tidur dan amalkan setiap hari. Nak mudah, panaskan sahaja susu badam yang anda boleh beli terus di pasar raya.
Mengempiskan perut
Dah buat macam-macam senaman, tetapi perut anda masih buncit?
Menurut orang tua-tua, anda boleh amalkan sapuan kapur sirih dan air limau nipis. Campurkan air limau nipis bersama kapur sirih dan sapu pada perut. Orang dulu-dulu juga selalu mengamalkan petua ini bersama-sama amalan bengkung, iaitu ikat perut seperti wanita yang baru bersalin.
Kesimpulan
Sama ada mujarab atau tidak, inilah antara petua yang diamalkan oleh nenek moyang kita dahulu yang dikatakan baik untuk kesihatan kita. Yang paling penting, tak salah atau berisiko untuk kita cuba terapkan semula petua tradisional ini dalam kehidupan kita.
Anda mencari pelan takaful dengan perlindungan yang menyeluruh? Takaful IKHLAS ada solusinya. Nak ketahui lebih lanjut, layari sahaja laman web Takaful IKHLAS di https://www.takaful-ikhlas.com.my/category/health sekarang.
0 Comments
Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila berikan komen anda. Jemput follow blog ini ye!