Sabun legend Popinjay kini dikenali sebagai PARROT NATURAL Botanicals Shower Cream & Soap Bar: Boleh Didapati di Malaysia Sekarang!

Advertisement

Sabun legend Popinjay kini dikenali sebagai PARROT NATURAL Botanicals Shower Cream & Soap Bar: Boleh Didapati di Malaysia Sekarang!


Seperti yang kita semua sedia maklum, pelbagai produk mandian berasaskan natural dan herba sudah banyak di pasaran Malaysia. Tetapi produk keluaran Parrot Natural Botanical Shower Cream & Soap Bar adalah produk terbaik yang masuk ke pasaran Malaysia!

Jika dahulu dikenali sebagai sabun “popinjay” yang sering kita guna sewaktu zaman kecil dulu. Ianya juga disebut sabun hijau Thailand atau sabun nuri. Tidak kira berapa lama masa berlalu "Sabun Parrot Botanicals" atau orang Thai dikenali sebagai "Sabun Parrot" dengan bau bunga dan herba yang unik, ia telah popular dan terkenal sebagai legenda bau khas di Thailand sepanjang masa. Lebih-lebih lagi, disediakan dengan herba Thai yang luar biasa daripada formula rahsia Parrot.

Jenama Kebanggaan Orang Thai



Merupakan jenama kebanggaan orang Thai dan telah mendapat pengiktirafan oleh Kementerian Perindustrian dalam Kategori Kecantikan dan Penjagaan Diri sebagai Produk Premium Anugerah Thailand.

Sabun herbal parrot telah berada di pasaran selama 70 tahun kerana sabun ini membawa banyak manfaat untuk kulit. Mengandungi bahan-bahan herbal semula jadi yang dapat membantu mereka yang mempunyai masalah gatal kulit, jerawat dan membantu mencerahkan kulit.

Sabun Buku Parrot Botanicals


Parrot Botanicals Unique mengandungi Minyak Citronella yang boleh membunuh bakteria dan menghalang pertumbuhan bakteria pada kulit yang menyebabkan jerawat. Minyak Citronella kaya dengan sitrus dengan aroma seperti lemon yang bertindak sebagai deodoran dan menghalang bau badan. Minyak Citronella adalah astringen dan boleh mengecilkan pori-pori dan mengeringkan kulit berminyak.
  • No.1 Authentic Thai Botanicals Freshness
  • Haruman Botani Thai yang Unik dengan Minyak Herba Tradisional
  • Kesegaran Berpanjangan sehingga 8 jam

TOP 3 Siri Klasik sabun Buku Parrot terlaris

#1. Thai Botanical & Herbs - BEST SELLER!!


Thai Botanicals & Herb merupakan sabun No.1 Best Selling yang mempunyai Wangian Botani Thai yang unik dengan minyak Cengkih dan minyak Citronella.

#2. Sweet Pink Roses


Sabun yang menghasilkan wangian romantik manis dari mawar dan membantu mencantikkan kulit dengan haruman Rose dan Aloe Vera.

#3. Thai White Jasmine


Sabun Thai White Jasmine mempunyai Bau Manis Berbisik Murni Thai Jasmine dapat memanjakan kulit dengan ekstrak dari Tamarind.

Sabun Buku Parrot Baru - Pastel Series

#1. White Sakura


Segar lembut dengan Sakura putih menjadikan kulit lebih cerah secara semula jadi jika menggunakan secara berterusan.

#2. White Thanaka


Menyegarkan diri dengan "White Thanaka" selepas mandi, dan kerap penggunaan membantu kulit untuk lebih cerah dan wangian tahan lama sehingga 8 jam.

Krim Mandian Parrot Botanicals


Zati memang jenis suka krim mandian berbanding dengan sabun buku. Kerana krim mandian lebih mudah digunakan dengan hanya picit di telapak tangan sahaja. 

Krim mandian Parrot Botanicals dikeluarkan sebanyak 7 jenis namun hanya 3 jenis yang boleh didapati di Malaysia. Diantaranya ialah Unique Botanical, White Sakura dan White Thanaka.

#1. Krim Mandian Unique Botanical



Bau Signature Parrot's sangat wangi dengan gabungan botani Thailand yang jarang ditemui, agar kulit terserlah segar dan wangi tahan lama dan mengharumkan kulit dengan wangian tahan lama selama 8 jam.

#2. Krim Mandian White Sakura


Seperti sabun buku, mandian White Sakura ini memiliki haruman yang menyegarkan dan terselit khasiat untuk membuat kulit lebih cerah dan menjadi merah jambu semula jadi di samping wangi yang bertahan lama.

#3. Krim Mandian White Thanaka


Menyegarkan kulit dengan "White Tanaka". Untuk menjadikan kulit wangi dan lebih cerah serta wangian tahan lama.

Review Selepas Menggunakan Sabun Parrot Botanicals


Selepas beberapa kali penggunaan krim mandian Parrot Botanicals ni, Zati terus jatuh cinta! Sebab kulit jadi lembut dan wangi je lepas mandi. Tambahan pulak, bila digunakan waktu mandi selepas balik dari kerja, badan rasa segar sangat dengan bau wangian bunga dari krim mandian tersebut.



PARROT NATURAL Botanicals Shower Cream & Soap Bar: Boleh Didapati di Malaysia Sekarang!

Korang yang nak mengimbau semula kenangan zaman kanak-kanak dulu, mesti tertanya kan mana nak beli sabun popinjay ni? Korang boleh dapatkan di mana-mana pasaraya atau kedai berdekatan. 

Yang suka shopping online, korang boleh dapatkan di Shopee. Boleh klik link dibawah :-
Parrot Botanicals Bar Soap - https://shope.ee/6zk3aXcVtI
Parrot Botanicals Shower Cream - https://shope.ee/VWZqjBQrB


Jika korang nak tahu banyak lagi tentang produk keluaran Parrot Natural ni, korang boleh klik link dibawah.

Instagram : @parrot.natural

Post a Comment

1 Comments

  1. sabun lagend ni...tok kita dulu suka benor pakai yg hijau tu...

    ReplyDelete

Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila berikan komen anda. Jemput follow blog ini ye!