Tips Untuk Menjadi Pemandu Yang Berhemah

Advertisement

Tips Untuk Menjadi Pemandu Yang Berhemah


Setiap orang memikul tanggungjawab yang besar apabila memandu di atas jalan raya. Ingin tahu lebih lanjut? Lihat tips untuk menjadi pemandu berhemah di sini.

Ramai orang sedar bahawa menjadi pemandu yang berhemah di jalan raya mampu mengelakkan kemalangan. Namun begitu, masih ramai yang tidak bertindak dan berusaha untuk menjadi pemandu yang bijak. Seringkali kita lihat berita di televisyen akan kemalangan-kemalangan jalan raya yang dahsyat. Lebih sedih lagi apabila terdapat anak-anak kecil dan keluarga tersayang yang terkorban. 

Kita haruslah ingat bahawa apabila kita berada di atas jalan raya, kita memikul tanggungjawab yang besar untuk memandu dengan berhemah untuk keselamatan semua orang. Jika berlakunya sebarang kemalangan, risiko yang terkesan bukan sahaja kepada pemandu, malah kepada penumpang. Mari lihat tips untuk menjadi pemandu yang berhemah di bawah:

Mengikuti had laju yang ditetapkan

Kebanyakan orang sering lupa tentang had laju di atas jalan raya, menyebabkan mereka selalu memandu dengan laju. Setiap kawasan mempunya had laju yang ditetapkan terutamanya apabila kila melalui kawasan sekolah, hospital, ataupun di tengah-tengah bandar. Janganlah kita mementingkan diri dengan membawa laju tanpa sedar kawasan di sekeliling.

Tidak menggunakan telefon bimbit semasa memandu

Hal ini merupakan satu tabiat yang perlu dielakkan sama sekali. Sentiasa ingat bahawa kecuaian dan kelalaian boleh berlaku dalam sekelip mata sahaja. Tidak perlulah anda membalas mesej ataupun bermain media sosial ketika memandu. Jika terdapat panggilan kecemasan, anda boleh berhenti di kawasan rehat atau stesen minyak terdekat untuk menjawab panggilan tersebut.

Sentiasa pastikan kereta dalam keadaan yang baik

Untuk semua yang ingin memandu ke tempat yang jauh, pastikan kenderaan anda dalam keadaan yang baik. Anda haruslah memeriksa kenderaan anda sebelum bertolak untuk mengelakkan sebarang kerosakan yang boleh berlaku secara tiba-tiba. Apabila kereta anda rosak di tengah-tengah jalan, ia secara tidak langsung mampu menyebabkan kemalangan dengan kenderaan yang lain. 

Pastikan pemandu mendapat rehat yang cukup

Untuk semua pemandu, pastikan anda mendapat rehat dan tidur yang secukupnya. Ingatlah, pemandu yang ngantuk adalah sama dengan pemandu yang mabuk. Jika anda berasa letih, berhenti dan berehatlah seketika sebelum anda menyambung perjalanan anda. Anda juga boleh menukar pemandu jika terdapat rakan atau ahli keluarga yang lain.

Kesimpulan

Setiap orang memikul tanggungjawab yang besar apabila berada di atas jalan raya. Patuhilah peraturan jalan raya dan jadilah pemandu yang berhemah dengan langkah-langkah di atas. Sayangilah keluarga anda dengan cara-cara memandu dengan bijak.

Selain daripada menjadi pemandu yang berhemah, apa kata anda mendaftar untuk protection plan oleh Takaful Ikhlas? Anda boleh mendaftar sekarang untuk membuat persiapan jika berlaku sebarang kemalangan. Layari laman web https://www.takaful-ikhlas.com.my/category/motor untuk membaca dengan lebih lanjut. 


Post a Comment

0 Comments