Business Simulation Games Free

Advertisement

Business Simulation Games Free


Business Simulation Games Free | Ramai yang gemar main permainan simulasi secara online kan? Tapi sesetengah permainan online ni mesti download atau pun berbayar. Zati ada jumpa satu website yang mana kita boleh main permainan simulasi tanpa perlu download atau bayar, ianya percuma!


Kenapa Mortgage Calculator Menjadi Pilihan?

Terdapat pelbagai game online yang korang boleh main dalam website Mortgage Calculator ni. Kalau tanya Zati kenapa ianya menjadi pilihan Zati, sebabnya adalah :

  • Dapat release tension bila main game macam ni.
  • Mudah nak main, tak perlu nak login atau daftar.
  • Tak perlu download.
  • Tak perlu bayar apa-apa untuk main game.
  • Boleh main kat pc, laptop dan handphone.
  • Terdapat pelbagai jenis permainan untuk korang pilih dan main.

Jenis Game yang ada di Mortgage Calculator

Secara asas nya, Mortgage Calculator ni fokus kepada money & finance, sebab tu game yang tersenarai  dalam ni, boleh dikatakan game yang berasaskan money , finance dan bisnes. Ada 7 kategori game didalam Mortgage Calculator ni, iaitu :
  1. Money Games
  2. Real Estate Games
  3. Food Business Simulation Games
  4. Business Simulation Games
  5. Software Developement Games
  6. Office Politics Games
  7. Other Fun Games
Setiap kategori game ni, ada banyak pilihan game yang boleh korang main. Rambang mata tau bila korang tengok satu per satu game yang ada. Boleh lah korang isi masa lapang korang pada waktu rehat atau pun boleh juga main dengan anak-anak pada cuti sekolah ni.

Game yang Menjadi Pilihan Zati 

Jenuh juga lah mencari game untuk di main, sebabnya banyak sangat game yang Zati suka. Tapi kan Zati ada tengok satu game yang viral kat TikTok. Game yang jadi cashier tu, kita scan barang, lepastu customer buat bayaran. Dah macam kerja betul-betul pula! Game yang cashier tu pun ada dalam Mortgage Calculator ni tau! Zati pun apa lagi, terus main, sebab teringat waktu kerja sebagai cashier dulu hehehe.


Best tau main Grocery Cashier ni, dah macam jadi cashier kat supermarket pula! Senang je main game ni, korang cuma perlu masukkan amaun barang yang diletakkan oleh pelanggan, kemudian totalkan dan terima bayaran dari pelanggan. Tapi korang kena cepat bila lakukan satu transaksi, lagi cepat korang buat, lagi ramai pelanggan, lagi naik score korang. Kalau lambat pula, auto game over.


Bob and Chainsaw ni kelakar tau bila main. Korang just tap je kiri atau kanan untuk elakkan dahan pokok tu. Game ni potong pokok sambil elak dahan tu, kalau terkena dahan tu, game over la jawab nya hahaha.


Kalau korang pernah main game Cut The Rope tu, korang mesti enjoy main game Rescue Boss Cut Rope ni. Sama je lebih kurang cara main nye, kena potong tali tu untuk selamatkan bos tu.


Sort The Trash ni game paling mudah, tapi korang tak boleh banyak sangat miss barang yang perlu di kutip. Cara main game ni, cuma drag je tong sampah tu dan dapatkan barang atau sampah yang boleh dikitar semula sahaja. Contohnya, plastik, botol, dan kertas. Kalau 3 kali korang miss sampah tu atau tersalah sampah, game over lah jadi nya.

Isi Masa Lapang

Kalau korang bosan ke kat tempat kerja waktu rehat tu boleh lah buka website Mortgage Calculator 
dan main game yang telah disediakan dalam website tu. Tapi jangan main waktu kerja ye hahaha. Nanti tak pasal-pasal kena marah dengan bos!

Boleh juga bagi anak-anak main, sebabnya tak perlu download, tak payah nak daftar email ke ape ke, jadi tak la risau sangat kan. Yang best nya tak perlu nak skip iklan ke ape , sebab memang takde iklan langsung. Buka je website tu, cari game yang nak main, lepastu boleh ke terus main. Mudah kan? Kat handphone boleh, kat pc boleh, laptop pon boleh. Sekarang ni cuti sekolah kan, boleh la ajak anak-anak main sekali, lagi pun sekarang musim hujan, risau juga kalau anak-anak main diluar.




Post a Comment

0 Comments