Gaya Senaman Mudah Untuk Tingkatkan Kesihatan

Advertisement

Gaya Senaman Mudah Untuk Tingkatkan Kesihatan


Sering berada di rumah? Risau akan kesihatan anda? Ikuti gaya senaman mudah untuk tingkatkan kesihatan fizikal dan mental anda sekarang. Klik untuk membaca.

Usia semakin meningkat? Anda risau akan kesihatan anda? Di zaman endemik ini, kebanyakan orang lupa mulai lupa untuk menjaga kesihatan mereka terutamanya yang sibuk berkerja di rumah.

Tahukan anda bahawa terdapat pelbagai senaman ringkas yang boleh diamalkan di rumah untuk menjaga kesihatan badan anda? Bekerja di rumah bukan lah satu alasan untuk anda kurang cergas. Tidak usah risau lagi, hanya ikuti gaya-gaya senaman di bawah:

Meregangkan badan 

Kita semua tahu bahawa duduk dan bekerja di hadapan komputer sepanjang hari boleh menyebabkan sakit belakang dan otot. Oleh itu, elakkan duduk sepanjang hari tanpa membuat apa-apa senaman fizikal. Antara aktiviti mudah untuk anda lakukan adalah dengan meregangkan otot. Lakukan senaman ini sekurang-kurangnya 2 jam sekali untuk kekal aktif bukan sahaja untuk fizikal, tetapi juga mental.

Berlari setempat

Berlari setempat merupakan senaman yang mudah untuk kesihatan jantung. Anda boleh lakukannya pada bila-bila masa. Contohnya, ketika anda menonton televisyen ataupun semasa mendengar lagu di rumah. Mudah, kan? Hanya perlu meluangkan 10 minit daripada masa anda untuk melakukan senaman ini sebagai rutin harian anda.

Aktiviti aerobik dan zumba

Ingin mencari aktiviti yang boleh diluangkan bersama keluarga? Cuba lah aktiviti aerobik ataupun zumba! Senaman ini seronok untuk diamalkan di dalam dan di luar rumah. Lebih ramai, lebih meriah! Anda bukan sahaja dapat membakar kalori, tetapi juga mengeratkan hubungan silaturrahim antara keluarga. Terdapat pelbagai video yang boleh anda ikuti bersama di laman web Youtube

Kesimpulan

Kebanyakan orang berpendapat bahawa untuk melakukan senaman, kita perlukan tempat yang luas dan alatan senaman yang lengkap. Namun, anda boleh melakukannya di rumah tanpa sebarang alatan! Tahukah anda, kekurangan bersenam boleh menyebabkan adalah punca utama datangnya penyakit? Oleh itu, marilah kita menjaga kesihatan dengan senaman-senaman ringkas di atas. 

Selain membuat senaman agar kekal sihat, apa kata anda melabur untuk jaminan kesihatan untuk masa akan datang? Kita tidak tahu bila kita akan ditimpa kesusahan seperti penyakit kritikal. Hanya perlu mendaftar dengan Takaful IKHLAS untuk persiapan anda. 

Jangan lupa untuk layari laman web https://www.takaful-ikhlas.com.my/category/health untuk tahu lebih lanjut tentang pelan-pelan perubatan yang ditawarkan.


Post a Comment

0 Comments