Cara-Cara Menjaga Kesihatan Diri

Advertisement

Cara-Cara Menjaga Kesihatan Diri


Sering kali kita lupa akan kesihatan diri tatkala sibuk bekerja sepanjang hari. Ingin tahu lebih lanjut? Lihat cara-cara di bawah untuk menjaga kesihatan diri.

Pada zaman pasca globalisasi ini, ramai orang yang membuat dua pekerjaan pada satu masa untuk menyara diri dan keluarga. Apatah lagi dengan ekonomi sekarang, ramai yang bertungkus-lumus bekerja tanpa mengira masa. Oleh itu, ramai yang tidak mengambil berat akan kesihatan badan mereka disebabkan terlalu sibuk mencari wang.

Kesihatan merupakan anugerah Tuhan yang harus kita jaga. Tidak ada guna kita bersusah-susah sekarang tetapi kesihatan diri terabai. Makin meningkat usia, makin penting untuk kita menjaga kesihatan. Ramai orang yang jatuh sakit secara tiba-tiba akibat terlalu penat dengan kerja. Mari lihat cara-cara untuk menjaga kesihatan diri di bawah:

Mengamalkan gaya pemakanan yang seimbang

Antara cara memastikan kesihatan diri berada dalam keadaan yang baik adalah dengan mengamalkan gaya pemakanan yang seimbang. Janganlah disebabkan kekangan masa kita lupa untuk menjaga gaya pemakanan kita. Setiap orang disarankan untuk mengambil lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan untuk membekalkan mineral dan vitamin dalam tubuh badan kita. Selain itu, elakkan mengambil makanan yang berminyak dan berkolesterol tinggi yang boleh menyebabkan penyakit darah tinggi dan jantung.

Melakukan aktiviti riadah

Dalam 24 jam sehari, kita digalakkan untuk meluangkan masa dalam 20 minit sekurang-kurangnya tiga kali seminggu untuk melakukan senaman ringan. Anda juga boleh meluangkan masa bersenam dengan keluarga tersayang. Aktiviti riadah bukan sahaja dapat meningkatkan tahap kecergasan fizikal anda, tetapi juga dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara keluarga.

Mendapatkan tidur yang cukup

Di samping itu, setiap individu perlulah mendapatkan tidur dan rehat yang cukup. Dalam kesibukan bekerja seharian, keperluan tubuh badan janganlah kita abaikan. Badan kita memerlukan rehat yang secukupnya untuk berfungsi dengan baik. Oleh itu, jagalah tubuh badan kita dengan mendapatkan rehat yang secukupnya setiap hari.

Kesimpulan

Natijahnya, setiap orang memikul tanggungjawab yang besar untuk menjaga kesihatan diri dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang disebutkan di atas. Minda yang cergas menjamin kualiti hidup yang baik. Oleh itu, jaga diri kita dan orang sekeliling agar dapat melahirkan generasi yang cergas dan sihat.

Selain daripada menjaga kesihatan tubuh badan, apa kata anda dapatkan pelan perlindungan takaful perubatan dan kesihatan daripada Takaful IKHLAS? Daftar sekarang untuk membuat persiapan jika berlaku sebarang kemalangan atau diserang penyakit yang tidak diduga. Layari laman web https://www.takaful-ikhlas.com.my untuk membaca dengan lebih lanjut.

Post a Comment

1 Comments

  1. 3 perkara yang paling betul ni, zati.
    kunci kpd yg lain-lain.
    makan yg baik-baik. dan makan ikut diet yg seimbang.
    ni penting. then dtg pula riadah. wajib!
    ambil masa skit utk riadah, senaman kecil. berjalan. naik turun tangga.
    then, tidur.
    mcm aida sekarang, kul 10 mlm da kerah anak-anak agar masuk tidur.
    tak nak tidur, takpe. baring and releks kan minda hingga tertidur.
    esoknya, before subuh bangkit. in shaa Allah :)

    ReplyDelete

Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila berikan komen anda. Jemput follow blog ini ye!