Cara-Cara Mengurus Kewangan Bersama Pasangan

Advertisement

Cara-Cara Mengurus Kewangan Bersama Pasangan


Anda baru berumah tangga? Mahukan pelan pengurusan kewangan yang betul? Lihat di bawah untuk tahu tentang cara-cara mengurus kewangan bersama pasangan.

Semua orang pasti mengimpikan rumah tangga yang harmoni dan bahagia bersama pasangan masing-masing. Namun, tahukah anda, komitmen anda akan meningkat berlipat kali ganda setelah anda berumah tangga? Tanggungjawab sebagai ketua keluarga mahupun ibu bapa kepada anak-anak semestinya untuk menyediakan kewangan yang cukup untuk perbelanjaan harian, bulanan, dan tahunan. Lebih-lebih lagi apabila sudah bersara, menguruskan duit simpanan juga merupakan satu tanggungjawab yang harus dipikul.

Adakah anda sudah sedia dengan pengurusan kewangan yang betul? Jangan risau, baca di bawah untuk ketahui tentang cara-cara mengurus kewangan bersama pasangan anda.

Bincang matlamat kewangan jangka masa panjang

Kebanyakkan orang hanya mementingkan urusan kewangan pada masa kini. Namun, pengurusan kewangan pada masa jangka masa panjang juga penting untuk memastikan anda hidup dengan selesa dan tenang tanpa sebarang masalah kewangan. Matlamat kewangan ini juga boleh berubah dari masa ke masa. Pastikan anda berbincang tentang matlamat masing- masing, seperti wang simpanan anak-anak, percutian, dan sebagainya. Lebih kerap anda berbincang, lebih mudah untuk anda merealisasikan impian anda berdua bersama.

Berkomunikasi dengan terbuka

Dalam kehidupan bersama pasangan, amatlah penting untuk anda berkomunikasi dengan baik dan jujur tentang semua perkara terutamanya kewangan. Segala isu kewangan yang disorokkkan akan merosakkan pelan kewangan yang dirancang bersama. Oleh itu, pastikan anda berbincang secara terbuka agar pengurusan kewangan berjalan dengan lancar.

Sentiasa bersedia akan perkara-perkara yang mungkin berlaku

Walaupun kita sudah mempunyai pelan kewangan yang kukuh, terdapat pelbagai perkara yang mungkin berlaku di luar kawalan kita seperti kemalangan, bencana alam, ataupun, soal kesihatan. Amatlah penting untuk anda menyediakan wang simpanan yang cukup untuk membantu anda dan keluarga sekiranya berlaku sebarang musibah.

Kesimpulan

Berbincanglah dengan pasangan tentang urusan kewangan agar dapat mengekalkan kestabilan dan keharmonian hidup untuk anda sekeluarga. Perancangan yang betul semestinya akan memudahkan hidup anda dan keluarga pada masa hadapan. Oleh itu, berikut di atas merupakan cara-cara untuk mengurus kewangan bersama pasangan anda.

Selain itu, anda juga boleh membaca tentang savings plan Takaful IKHLAS di sini. Layari laman web https://www.takaful-ikhlas.com.my/ untuk ketahui dengan lebih lanjut.

Post a Comment

1 Comments

  1. tahun ni tahun ke-20 perkahwinan aida. in shaa Allah.
    seriously, tahun ke-15 barulah kami capai kebebasan kewangan tu.
    meaning, nak buat apa, nak beli apa, nak pergi mana, semua diputuskan spontan.
    tak kena fikir itu dan ini terlalu byk, zati.
    savings ada. anak-anak da besar. gerak si ibu ayah pun dah bebas.

    sebelum tu memang perancangan kewangan kami ketat.
    savings, insurans, education plan, investment. gitu la. tunai di tgn tak kencang.
    utk dptkan kestabilan tu memang sukar. berbelas tahun!
    nasihat zati di atas tu memang kena diambil peduli. benar belaka.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila berikan komen anda. Jemput follow blog ini ye!