RESEPI : ACAR IKAN MASIN




Adooii terliur tengok ni.. Kalau dapat makan ni dengan nasi panas .. peeerrrgghh.. sedap tuu..
Nah resepi nye..

BAHAN-BAHAN

200gm ikan masin talang@kurau(potong dadu rendam selama 1 jam) 
10@15 biji cili kpg(kalau dpt yg jeruk lg best)
10 biji bwg kecil india
5 tangkai bwg putih yg jeruk(tiada yg jeruk yg biasa pun blh)
5 sudu besar cuka(kalau x cukup blh tambah)
3 sudu besar thai palm sugar @gula melaka
3 sudu besar gula pasir
minyak masak secukupnya(dlm 1 mangkuk)
garam jika perlu(jgn letak awal2.. rasa dulu)

BAHAN KISAR

4 sudu besar pes cili kering

2 biji bwg besar
4 ulas bwg putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup

BAHAN REMPAH

1 sudu besar jintan manis

1 sudu besar jintan putih
1 sudu besar biji ketumbar
1 sudu besar halba
1 sudu besar biji sawi

CARA-CARA
  • goreng ikan masin yg direndam td dgn api perlahan.. jgn terlalu garing, angkat n toskan
  • goreng bahan rempah tanpa minyak.. api perlahan jgk sehingga wangi.. kisar halus, guna pengisar kering ketepikan 
  • panaskan minyak.. tumis bahan kisar td sehingga garing
  • masukkan bahan rempah kacau lagi sehingga wangi n pecah minyak
  • masukkan bahan2 yg lain seperti cuka, gula melaka n gula pasir
  • masukkan ikan yg digoreng td, masukkan bwg merah kecil, cili padi n bwg putih jeruk
  • masak lg smp betul2 minyak keluar di permukaan atas.. api perlahan je, nt kalau api kuat minyak terpercik
  • rasa dulu jika perlu masukkan garam n gula tambah lg.. 
  • tunggu sejuk br masukkan dlm botol sebaiknya botol kaca..


Selamat Mencuba!

Kredit : Resepi dari fb ‎Zaimah Zakaria‎ via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

Post a Comment

4 Comments

Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila berikan komen anda. Jemput follow blog ini ye!