Tanda Awal Kehamilan

Advertisement

Tanda Awal Kehamilan



Tanda Awal Kehamilan | Setiap pasangan yang sudah berumahtangga mesti menginginkan zuriat sendiri. Namun, setiap pasangan terutamanya isteri, mesti mengetahui tanda-tanda awal kehamilan.

Sebenarnya ada banyak jenis tanda awal kehamilan. Bagi yang normal kitaran haid nya, yang tidak normal kitaran haid, malah ada juga yang hamil ketika sedang haid. Jadi sebab itu, kita sebagai isteri wajib belajar atau ambil tahu tentang tanda-tanda awal kehamilan ini.

Paling terkenal atau paling yang kita percaya bahawa kita hamil adalah dengan lewatnya datang bulan atau tidak datang langsung! Namun, tanda ini bukanlah satu tanda yang sahih menandakan kita hamil. Masih ada tanda-tanda kehamilan lain yang juga penting untuk kita kenali.

Setiap wanita mungkin mengalami tanda-tanda kehamilan yang berbeza-beza. Apa yang dialami oleh seorang wanita ketika hamil, mungkin tidak dialami oleh wanita hamil yang lain. Namun, tidak ada salahnya untuk mengenali tanda-tanda hamil selain terlambat haid agar kehamilan lebih cepat diketahui.



Tanda-Tanda Awal Kehamilan

Di bawah ini adalah beberapa tanda-tanda kehamilan yang penting untuk kita ketahui :


#1- Perubahan Pada Payudara

Perubahan hormon pada awal kehamilan dapat membuat payudara terasa lebih padat, sensitif, dan tegang. Puting pun akan terlihat lebih menonjol dan berwarna lebih gelap, dengan pembuluh darah yang lebih tampak di permukaan kulit payudara.


#2- Kerap Membuang Air Kecil

Di masa awal kehamilan, kebanyakan wanita akan kerap buang air kecil, terutama pada waktu malam. Ini disebabkan oleh perubahan hormon. Pada tahap kehamilan selanjutnya, kekerapan membuang air kecil lebih meningkat, ianya disebabkan oleh pembesaran rahim.


#3- Merasa Cepat Letih

Adakah sejak kebelakangan ini kerap merasa cepat penat daripada sebelum ini? Jika iya, itu adalah merupakan salah satu tanda awal kehamilan. Gejala ini merupakan gejala terutama pada trimester pertama kehamilan.

Rasa penat yang muncul semasa hamil umumnya disebabkan oleh meningkatnya kadar hormon progesteron. Bukan itu sahaja, peningkatan jumlah darah, detak jantung, dan metabolisme tubuh juga dapat menyebabkan tubuh ibu hamil cepat penat.

Untuk mengatasinya, setiap wanita hamil perlu mengamalkan makanan bernutrisi dan berkhasiat serta mesti mendapatkan waktu rehat yang cukup. Elakkan sebarang aktiviti fizikal yang berat dan jika boleh elakkan minum minuman yang mengandungi kafein kerana boleh membahayakan kandungan.


#4- Mual Dan Muntah

Mual dan muntah biasanya akan terasa pada usia kehamilan 6 minggu, tetapi boleh juga muncul lebih awal. Keadaan ini biasanya akan hilang setelah memasuki usia kehamilan 12–16 minggu. Mual dan muntah dapat dicegah dengan cara menjaga perut agar tidak kosong, iaitu makan dengan sedikit tetapi kerap.


#5- Sensitif Terhadap Bau

Terjadinya perubahan hormon saat hamil dapat membuat indra penciuman wanita menjadi lebih sensitif. Hal ini mampu membuat wanita yang sedang hamil menjadi lebih mudah merasa mual saat mencium aroma tertentu, misalnya perfume atau minyak wangi, makanan atau berbau tajam, serta asap rokok.


#6- Hilangnya Nafsu Makan

Peningkatan kadar hormon dan sensitivi indra penciuman boleh membuatkan wanita hamil menjadi kehilangan nafsu makan. Jika ada yang mengalaminya, cubalah untuk tetap mengambil makanan, seperti biskuit tanpa perasa atau roti gandum.


#7- Pening / Sakit Kepala

Pening / sakit kepala kerap dirasakan di awal usia kehamilan akibat turunnya tekanan darah dan kesempitan pembuluh darah. Ianya dapat diatasi dengan mendapatkan rehat yang cukup Namun, jika ianya berlarutan, dinasihatkan agar segera berjumpa doktor.


Ujian Kehamilan



Semua gejala di atas tidak selalu merujuk kepada kehamilan dan boleh menjadi tanda atau gejala penyakit tertentu. Selain itu, sebilangan wanita yang telah disahkan hamil juga tidak mengalami simptom atau tanda-tanda kehamilan.

Oleh itu, anda boleh menggunakan alat ujian kehamilan untuk mengesahkan kehamilan. Ujian ini berfungsi dengan mengesan hormon hCG yang dihasilkan setelah persenyawaan berlaku.



Ujian kehamilan dilakukan dengan mengambil sampel air kencing, terutama pada waktu pagi. Letakkan air kencing di dalam bekas yang bersih, kemudian celupkan kit ujian kehamilan ke dalamnya. Setelah menunggu beberapa minit, alat ini akan menunjukkan hasil positif atau negatif mengikut arahan yang tertera pada pembungkusan produk.

Sebagai contoh, kemunculan dua garis merah dapat menunjukkan hasil positif, sementara hasil negatif ditunjukkan oleh kemunculan satu garis merah.

Kemunculan hasil positif kemungkinan besar tepat. Namun, jika keputusannya negatif, cuba ulangi ujian sekurang-kurangnya satu minggu selepas ujian pertama untuk menentukan sama ada anda hamil atau tidak.

Sekiranya anda masih tidak pasti mengenai tanda-tanda kehamilan yang anda alami, anda boleh berjumpa dan berjumpa doktor untuk mengesahkan kehamilan.

Post a Comment

8 Comments

  1. rinduuuuuuu nya saat saat awal pregnant dulu kala. 3 kali and 3 signal yg berbeza, zati. sweetest memories.
    1st, tiada tanda. sebab dok check bila period lambat :) ha ha ha... but lepas tu, pagi dan lepas maghrib mesti pening kepala.
    2nd, demam lepas maghrib. berhari-hari. check doktor = pregnant!
    3rd, mabuk teruk! confirm la pregnant :) alhamdulillah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh best nye dapat rasa pengalaman macam tu.. Zati masih belum diberi rezeki lagi.. :)

      Delete
  2. Azni dulu perubahan pada payudara . Setelah ttc 8 thn mmg terasa perubahan ni yg paling ketara

    ReplyDelete
  3. Kak Pip pula semua 4 kali pregnancy (1 tu miscarriage), semua mmg rasa letih yang sangat2 lain dari selalu. Dan kuat tidur, hehe.

    ReplyDelete
  4. Bagus info nih untuk bakal ibu.

    ReplyDelete
  5. Setuju dengan tanda2 awal kehamilan tu. Paling takleh tahan bab loya tu. Balm sentiasa kat hidung

    ReplyDelete
  6. zaman nak dpt babby dah tamat. cukuplah bela anak kecik. nak bagi peluang kpd golongan muda plak...

    ReplyDelete
  7. pakcik dah letih mengasuh baby. bagilah peluang kpd org2 muda plak beranak kecil.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila berikan komen anda. Jemput follow blog ini ye!