8 Tanda Awal Kanser Ovari

Advertisement

8 Tanda Awal Kanser Ovari


8 Tanda Awal Kanser Ovari | Kanser ovari popular dengan gelaran "pembunuh senyap" bagi golongan wanita dan merupakan bentuk kanser yang paling berbahaya.

Ramai yang menggelar kanser ovari sebagai pembunuh senyap kerana ia tidak menunjukkan sebarang tanda serius dan begitu cepat meragut nyawa. Lebih menakutkan, sumber menunjukkan bahawa ia boleh menyerang wanita seawal usia 26 tahun di Malaysia.



8 Tanda Tanda Awal Kanser Ovari



Berikut adalah tanda kanser rahim / ovari yang perlu diketahui oleh setiap wanita.


1) Buncit Perut Atau Bengkak

Saiz kenaikan bahagian perut anda, anda berasa kembung dan penuh dengan gas. Anda mungkin perasan bahawa beberapa pakaian rasa ketat di bahagian pinggang dan pinggul anda


2) Pendarahan Pada Faraj Secara Tak Normal

Anda akan mengalami pendarahan secara tak teratur.


Ia juga boleh disebabkan oleh perawatan lain seperti ketidakseimbangan hormon, penyakit keradangan pelvik, atau jangkitan pada organ pelvis

Kanser serviks mudah merebak pada tisu yang berdekatan dan mewujudkan kapilari baru yang tak normal, menyebabkan pendarahan. Pendarahan boleh berlaku pada tempoh haid, selepas melakukan hubungan intim, selepas menopaus dan selepas melakukan pemeriksaan serviks.


3) Sakit Pelvis

Sakit pada pelvis adalah sakit biasa yang berlaku pada wanita.


Kekejangan dan kesakitan tertentu adalah sebahagian perkara normal dalam kitaran haid. Tetapi, anda harus berhati jika kesakitan berlaku dalam tempoh yang lebih lama dan kerap.

Jika anda mengalami masalah kanser ovari, anda mungkin akan mengalami sakit pada bila bila masa. Kesakitan itu tidak akan berlaku melainkan jika kanser serviks telah berada pada peringkat seterusnya (kanser sudah mula berkembang)


4) Tidak Selesa Semasa Membuang Air Kecil

Kanser serviks menyebabkan anda berasa tak selesa semasa membuang air kecil. Ia adalah petanda yang paling ketara bahawa penyakit ini boleh membawa maut.

Ketidakselesaan yang dimaksudkan adalah rasa seperti terbakar, pedih atau sensasi yang ketat semasa membuang air kecil. Gejala ini menunjukkan kanser sudah merebak pada tisu berdekatan.


5) Hilang Selera Makan Atau Berat Badan Turun Dangan Mendadak

Kehilangan berat badan yang tidak dapat dijelaskan. Apabila mengalami masalah kanser,sistem imun badan bekerja kuat untuk melawannya. Badan akan menghasilkan protein kecil yang dikenali sebagai cytokines yang memecahkan lemak pada kadar yang lebih tinggi.


6) Keletihan

Jika anda berasa lemah dan tak bertenaga pada setiap masa , walaupun telah mengambil rehat yang lama. Ia adalah perkara yang amat membimbangkan.



Apabila seseorang menderita kanser,sel darah merah akan digantikan dengan sel darah putih untuk melawan penyakit ini. Ia adalah penyebab anemia yang membawa kepada keletihan ,kekurangan tenaga dan hilang selera makan. Tindakbalas penyakit anemia adalah amaran bahawa kanser sedang berkembang pesat.


7) Tempoh Haid Yang Lama Dan Berat

Ia merupakan tanda awal kanser serviks. Sebagai contoh, kerengsaaan serviks mungkin disebabkan oleh penyebaran kanser pangkal rahim. Pendarahan dianggap berat jika anda perlu menukar tuala wanita lebih kerap daripada sekali dalam tempoh 2 jam

Tanda tanda bagi setiap individu yang mempunyai masalah atau penyakit kanser ovari ini adalah berbeza.Jadi anda perlulah peka dengan kesihatan diri dan perubahan diri.


8) Bengkak Pada Kaki

Wanita yang menghidapi masalah pangkal rahim biasanya mengalami masalah sakit dan bengkak pada kaki mereka. Apabila kanser mula merebak,ia akan menghalang aliran darah dan menjadi punca bengkak pada kaki.


Faktor Risiko Kanser Ovari



Punca sebenar kanser ovari tidak diketahui, tetapi terdapat beberapa faktor risiko yang boleh meningkatkan peluang anda untuk kanser ovari, jadi anda perlu mengambil kira tanda tanda seperti :-


a) Umur

Wanita yang berusia lebih 50 tahun mempunyai risiko yang lebih besar untuk mendapat penyakit kanser ovari.

50 peratus daripada kanser ovari didiagnosis di kalangan wanita lebih 60.Ia tidak bermakna bahawa penyakit ini tidak berlaku di kalangan wanita muda. Sebagai contoh, sel tumor adalah lebih biasa di kalangan wanita yang lebih muda, tetapi sangat jarang berlaku.


b) Sejarah Keluarga

Jika anda mempunyai sejarah keluarga yang menghidap kanser ovari, kanser payudara atau kanser kolon, ia meningkatkan peluang anda mendapat kanser ovari.


c) Melahirkan Anak Dan Haid

Wanita yang tidak pernah melahirkan anak mempunyai risiko yang lebih tinggi mendapat kanser ovari, dan begitu juga wanita yang mula haid awal (sebelum mereka berumur 12 tahun), dan / atau putus haid lewat (selepas 50).


d) Ubat-Ubatan

Dengan mengambil terapi hormon selepas putus haid, atau menggunakan rawatan kesuburan (jangka panjang dan dos besar) boleh meningkatkan peluang anda untuk kanser ovari. Sebaliknya, beberapa kajian menunjukkan bahawa pil kontraseptif oral mengurangkan risiko.


e) Faktor Risiko Lain

Ini termasuk merokok, obesiti, penggunaan alat kontrasepsi sbb dan sindrom ovari polisistik.


JANGAN AMBIL MUDAH

Sekiranya anda mengalami simptom-simptom di atas, dapatkanlah nasihat doktor.


Sekiranya tedapat ahli keluarga terdekat anda ada yang menghidap kanser payudara atau ovari.

Namun begitu, jangan terlalu panik jika anda menghadapi gejala-gejala di atas. Ada beberapa lagi penyakit yang menyerupai tanda kanser rahim seperti PCOS atau fibroid. Ujian saringan awal boleh dilakukan sebagai langkah berjaga-jaga supaya perkara yang tidak diingini dapat dielakkan.

Post a Comment

1 Comments

  1. menakutkan!
    pepun, kita mesti jaga. amik peduli simptoms nyer tu.
    cegah sebelum parah, ni penting.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila berikan komen anda. Jemput follow blog ini ye!