Kesan Pandemik Covid-19 Terhadap Perniagaan - RichWorks Kongsi Perspektif Tentang 10 Cabaran Bisnes! | Ramai yang terjejas akibat pandemik yang melanda sejak dua tahun lepas, yang paling terkesan adalah para usahawan dan juga peniaga kecil. Zati sendiri yang bekerja pun turut terkesan apabila pandemik ini melanda. Ini semua dugaan dan ujian bagi kita semua. Zati harap kita dapat menempuhinya dengan penuh kesabaran.
RichWorks
Rasanya ramai dah kenal siapa itu RICHWORKS kan? Richworks International adalah sebuah syarikat multinasional yang merupakan penganjur seminar keusahawan terbesar Asia Tenggara. Kepakaran Richworks International adalah dalam industri Latihan Keusahawanan merangkumi pemasaran, jualan, perakaunan, percukaian, pematuhan, operasi perniagaan, pengurusan sumber manusia dan kepimpinan.
Diasaskan oleh Dr Azizan Osman, Richworks telah berkembang menjadi sebuah organisasi penganjuran seminar terulung di Malaysia dalam masa 6 tahun. Mulai 2008, Richworks secara khususnya, menyediakan program-program berbentuk pendidikan. Richworks bermula dari permulaan yang sederhana oleh Dr Azizan Osman, Jurulatih Perkembangan Peribadi & Mentor Kejayaan No. 1 Malaysia.
Semenjak ditubuhkan pada 2008, syarikat ini telah mendapat pelbagai pengiktirafan antarabangsa dan memecah rekod dalam menghasilkan paling ramai usahawan Berjaya di Malaysia. Antara rekod terbaik adalah pada tahun 2020, seramai 777 usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dari dalam dan luar negara berjaya mencipta rekod apabila menjana jualan lebih RM2 bilion melalui Program Mentoring SPIRE & TITANIUM.
Sumbangan RichWorks Pada Masyarakat
Terlalu banyak sumbangan yang telah RichWorks sumbangkan kepada masyarakat. Antaranya ialah RichWorks Komited Bantu 605,000 Usahawan , RichWorks serahkan sumbangan kilat RM500,000 bantu mangsa banjir dan banyak lagi sumbagan RichWorks kepada masyarakat.
Siapa Datuk Wira Dr Azizan Osman
Datuk Wira Dr Azizan Osman merupakan penulis buku terlaris Magnet Kekayaan & Kejayaan, Kuasai Pemasaran Rahsia Menarik Pelanggan, 21 Formula Hidup Luar Biasa, Kenapa Saya Mahu Anda Berjaya dan bekerjasama menulis buku Beat The Curve dengan perunding motivasi bertaraf dunia, Brian Tracy yang dilancarkan di Amerika Syarikat pada Januari 2016.
Beliau berpengalaman di dalam industri pengiklanan dan perunding strategi pemasaran sejak 2001 serta mengetuai pengurusan portfolio kempen pemasaran bagi organisasi gergasi termasuk TM, DiGi, Celcom, HSBC, Standard Chartered dan WWF.
Beliau turut terlibat di dalam program pembangunan dan latihan ramai usahawan di dalam organisasi beliau sebelum membuat keputusan untuk membina agensi pengiklanan berakreditasi 4A iaitu ABC Mediaworks Sdn Bhd (sebuah syarikat kumpulan Richworks) bermula tahun 2008.
Selain industri pengiklanan dan pemasaran, Richworks juga terlibat di dalam bidang pelaburan hartanah, perundingan perkhidmatan korporat, pendidikan dan latihan keusahawanan serta mewujudkan sebuah kolej pendidikan dan latihan keusahawanan bertaraf diploma dan ijazah untuk lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang beroperasi di Shah Alam, Selangor.
Beliau tidak percaya terhadap persepsi membina perniagaan yang berjaya memerlukan kelulusan tinggi kerana baginya yang bermula dari bawah, ia belum menjamin mampu membina perniagaan yang berjaya.
Beliau sendiri bermula dari bawah dan kini berjaya membina perniagaan sehingga mencapai status jutawan pada 2006.
Namun beliau sangat percaya dengan pembelajaran sepanjang hayat dan sangat menggalakkan semua anak didiknya untuk menuntut ilmu kerana beliau yakin semakin tinggi ilmu yang kita ada, semakin tinggi tahap kejayaan yang boleh dicapai.
RichWorks Kongsi Perspektif Tentang 10 Cabaran Bisnes!
Jangan fikir tahun 2022 ini bisnes semakin mudah! 10 cabaran kritikal perniagaan sekarang!
Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman akan berkongsikan perspektif tentang 10 cabaran bisnes, selepas pandemik dan 2022 ini dalam Live Session di saluran Telegram Azizan Osman Official, pada Ahad ini, pukul 8 pagi.
Di saat keadaan ekonomi yang meruncing kesan daripada pandemik Covid-19 yang berterusan hampir dua tahun, isu kenaikan harga keperluan asas kembali menjadi igauan ramai. Kenaikan mendadak harga barangan asas terutamanya makanan seperti ayam, ikan, sayur dan sebagainya memberikan kesan yang begitu besar buat rakyat.
Bukan sahaja kepada golongan berpendapatan rendah, tetapi juga mereka yang memulakan pekerjaan baharu atau kehilangan pekerjaan akibat pandemik.
Kadar inflasi dengan kenaikan harga barang yang telah jangka malah sebut pada Ogos tahun lalu lagi. Kenaikan sesetengah barang dilihat sekitar 30% hingga lebih 100% ketika ini. Sebab itu, kritikalnya untuk anda semua ada kesedaran ini, terutama mereka yang sedang jalankan bisnes kerana bukan mudah pada tahun ini.
Beberapa kumpulan pemilik syarikat dan peniaga Cina mengakui bahawa memang banyak syarikat sedang tutup atau dah lingkup. Walaupun peniaga ini ada kilang di China, mereka sudah tak nampak apa perlu dibuat, selain tak pandai soal pemasaran.
Beliau juga sedar bahawa sebenarnya untuk mula semula bisnes dari kosong agak susah bila ditanya seorang usahawan dalam pembinaan, apa bisnes yang bagus ketika ini? Pertama kali, mereka tidak tahu memberikan jawapan apa.
Tapi beliau sedar bahawa bagi mereka yang ada bisnes ketika ini dan kekal lakukan seperti biasa, maka dia akan 'mati'! Hal ini kerana pasaran bergerak perlahan dan orang ramai tidak berbelanja agresif seperti sebelum ini. Kalau kekal dengan usaha normal, anda akan mati dan jika kekal kecil anda akan pupus.
Bayangkan jika anda sendiri terpaksa mulakan bisnes baru dari kosong, apa yang boleh dibuat? Bagi yang dah ada bisnes, anda sudah tahu pasaran, cuma 'malas' nak engage lagi.
Bila pasaran perlahan maka anda perlu lebih pantas, guna semua platform yang ada. Jika takut-takut, anda akan ketinggalan.
Oleh itu, Zati ingin mejemput anda sertai sesi Live bersama dengan Datuk Wira Dr Azizan Osman pada hari Ahad ini, khas buat bangsa usahawan terutama pemilik bisnes yang masih tak nampak jalan ketika ini.
Klik dan sertai saluran --> Telegram Azizan Osman Official
1 Comments
Perkongsian yg bukan calang-calang dari dr azizan. dah le free saja. rugi kalau x rebut peluang ni kan
ReplyDeleteTerima kasih sudi baca artikel ini. Sila berikan komen anda. Jemput follow blog ini ye!