Tarik Aku Ke Syurga Full Episode

Advertisement

Tarik Aku Ke Syurga Full Episode


Tarik Aku Ke Syurga ialah sebuah drama televisyen Malaysia tahun 2022 arahan Malek Rahman, dibintangi oleh Zul Ariffin, Nelissa Nizam dan Keith Foo.Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Samarinda, TV3 bermula 23 Jun 2022 menggantikan Kerana Aku Isteri Bidaan, Siri drama ini juga turut ditayangkan menerusi laman penstriman IQIYI pada 1 jam akhir selepas Siaran TV, Percuma, 48 jam kemudian.

Tarik Aku Ke Syurga Sinopsis

Zamri (Zul Ariffin) ialah seorang perunding hartanah yang berjaya dan sudah memiliki syarikat perunding hartanah di Kuala Lumpur pada usia muda. Zamri ialah anak tunggal kepada Haji Murad dan Hajah Raudhah. Sebagai anak tunggal, Haji Murad dan Hajah Raudhah sangat menitik-beratkan pendidikan agama dalam hidup Zamri dari kecil. Malahan, Hajah Raudhah merupakan pakar motivasi yang sangat berpengaruh.


Sayangnya, Zamri yang dilihat sebagai anak baik di depan mata orang tuanya, tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat di Kuala Lumpur. Zamri terdedah dengan dunia hidup berpeleseran, hanyut dengan bisikan dan hasutan syaitan. Akhirnya, tembelang Zamri pecah apabila ibunya, Hajah Raudhah terjumpa gambar-gambarnya ketika bersosial di kelab malam.

Hajah Raudhah memberikan dua pilihan kepada Zamri, sama ada menikahi gadis pilihan ibunya ataupun disingkirkan dari terus menjadi anaknya. Walaupun tidak rela, Zamri menikahi Zara (Nelissa Nizam) kerana ingin mendapatkan kemaafan daripada orang tuanya. Malangnya bagi Zara, satu persatu rahsia gelap Zamri terbuka kepadanya selepas bergelar isteri. Bersediakah mereka berhadapan dengan pelbagai dugaan itu?

Tarik Aku Ke Syurga Pelakon

Zul Ariffin sebagai Zamri
Nelissa Nizam sebagai Zara Adelia
Keith Foo sebagai Shawn
Lisdawati sebagai Hajah Raudah
Izzendra sebagai Natasha
Khairil Anwar Aman sebagai Haji Murad
Aleeza Kasim sebagai Datin Maria
Esma Daniel sebagai Dato Azman
Zila Bakarin sebagai Hajah Jamilah
Mahmud Ali Bashah sebagai Haji Nizam
Hafreez Adam sebagai Kashaf
Nada Nursyuhada sebagai Che Pah
Afzan A. Rahman sebagai Doktor Bakri
Idzham Ismail sebagai Dahlan
Ayra Messi sebagai Julia
Nabil Aqil sebagai Aidil
Khafizah Hanafie sebagai Puan Zaimah
Zizi Hazirah sebagai Rahila
Sean Lee sebagai Dr Chin

Tarik Aku Ke Syurga Online Full Episode

Jumlah Episod: 28
Tarikh Tayangan: 23 Jun 2022
Waktu Siaran: Isnin-Khamis, 10:00 malam
Rangkaian: Samarinda TV3 /  iQiyi
Idea & Skrip: Nieza Nahar
Pengarah: Malek Rahman
Produksi: Creative Skill Solution Sdn Bhd


Post a Comment

0 Comments