Nak pergi Langkawi untuk membeli-belah, tetapi tiada ruang untuk bawa balik semua barang anda? Bawa sahaja kereta sendiri ke sana! Ketahui caranya di sini.
Pulau Langkawi adalah destinasi pilihan ramai atas macam-macam perkara. Ada banyak pantai dengan air laut biru jernih, tempat bersejarah, kedai makan yang sedap, dan banyak lagi tempat bersiar-siar.
Tetapi antara sebab paling syok untuk datang ke Langkawi adalah membeli-belah! Oleh kerana Langkawi adalah pulau bebas cukai, anda berpeluang membeli pelbagai jenis barangan di sini dengan harga yang lebih murah berbanding tempat lain.
Jadi, kalau anda merancang untuk shopping pelbagai barangan, membawa balik pembelian anda agak lebih sukar dengan pengangkutan awam. Misalnya, anda perlu membayar banyak tambang pendaftaran bagasi penerbangan untuk menampung semua barang yang anda telah beli.
Dengan kereta sendiri, anda boleh shopping sebanyak mana yang anda mahu, dan bawa pulang sahaja kesemuanya!
Dah bersedia nak bawa kereta sendiri ke Langkawi? Berikut adalah beberapa perkara anda perlu ambil tahu.
Jeti feri Langkawi
Ada beberapa jeti yang ada feri ke Langkawi, tetapi hanya jeti Kuala Perlis sahaja mempunyai feri dengan perkhidmatan bawa kereta persendirian.
Ada dua syarikat feri sahaja yang mengendalikan perkhidmatan bawa kereta ini. Oleh itu, anda perlu semak jadual perjalanannya dengan teliti semasa merancang perjalanan. Oleh kerana tiada banyak feri dengan perkhidmatan ini, jadual perjalanan pergi baliknya juga mungkin terhad.
Jadi, semak jadual mereka sekarang dan tempah dengan lebih awal untuk perjalanan yang lancar ke Pulau Langkawi.
Tambang feri untuk kereta dan penumpang
Satu lagi info yang ramai tak tahu adalah mengenai tambang.
Ada dua jenis tambang yang anda mungkin perlu sediakan, iaitu tambang penumpang dan juga tambang yang dikenakan untuk kereta. Tambang kereta selalunya sudah termasuk dengan tambang pemandu, jadi penumpang lain bersama anda akan dikenakan bayaran individu yang lain.
Macam mana pula dengan harga tambang kereta? Ia bergantung kepada jenis kereta yang anda bawa. Contohnya, tambang untuk kereta sedan 1,500 CC ke bawah adalah RM245.00 pergi dan balik. Lebih tinggi CC kereta anda, lebih mahal harga tambangnya. Kalau bawak motosikal sahaja, memang lagi murah nak naik feri ke Langkawi ini.
Persiapan lain
Selesai dengan hal tambang, anda perlukan persiapan yang lain juga. Buat persediaan kewangan perjalanan yang lain juga–jika anda tinggal di Lembah Klang, perjalanan dari ibu kota ke Kuala Perlis boleh memakan perbelanjaan untuk duit minyak, tol, dan sebagainya.
Semak juga jika kereta anda sudah bersedia untuk perjalanan jauh. Adakah anda sudah memperbaharui cukai jalan dan mendaftar dengan takaful kereta yang baik? Pastikan semua aspek ini terjaga dengan rapi sebelum berangkat untuk melancong ke Langkawi.
Kesimpulan
Ya, memang tak mustahil untuk anda bawa kereta sendiri untuk melancong ke Langkawi. Jika anda membuat persediaan yang rapi berdasarkan perkongsian di atas, perjalanan yang lancar dan menggembirakan menanti anda sekeluarga.
Nak tahu lebih mengenai pelan takaful kereta yang berkualiti dan komprehensif? Takaful IKHLAS ada pelbagai produk yang dapat menjadi pilihan ideal anda. Layari sahaja https://www.takaful-ikhlas.com.my/category/motor sekarang untuk ketahui lebih lanjut.
0 Comments
Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila berikan komen anda. Jemput follow blog ini ye!